Nuffnang

Sunday, June 17, 2012

Ben Ashaari @ Kosmo

Kalau dikalangan blogger sure kenal Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari

Siapa tak kenal sape beliau tapi melalui blog kawan-kawan kenal insan yang bernama Ben Ashaari dan pernah join segmen blog beliau. Minggu lepas berita tentang kehidupan beliau di rancangan NONA @ TV3. Hari ini keluar lak kosmo. Sebab tak beli kosmo, jadi baca kat online jadilah. Sedikit coretan yang ditulis dalam kosmo untuk bacaan umum. Glamor ko mamat nih...huahuahua
 





Rutin harian lelaki ini bermula dengan menunaikan solat Subuh. Selepas bersembahyang, dia tidak pernah lupa untuk berdoa agar perjalanan hidup serta rezeki yang diperoleh mendapat keredaan Allah SWT.
Selepas itu, blogger terkenal Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari, 36, memakai pakaian sukan untuk berjoging di sekitar kawasan perumahannya di Putrajaya.
“Lelaki yang menjadi suri rumah tangga pun perlu menjaga stamina dan kekal aktif hkebanyakan masa dihabiskan di dalam rumah sahaja,” kata lelaki berbadan sasa ini.
Sejak awal tahun ini, Ben mengambil keputusan berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan untuk menjadi blogger sepenuh masa. Tindakan itu juga bermakna dia perlu menjadi seorang suri rumah lelaki.
“Idea itu kedengaran agak ganjil. Isteri saya juga agak keberatan apabila saya meluahkan hasrat itu.
“Dia risau memikirkan pandangan jiran-jiran, keluarga dan masyarakat sekeliling kerana budaya di negara ini ialah lelaki mesti keluar bekerja dan bukan duduk menjaga anak di rumah,” katanya sambil tangannya pantas menyediakan susu untuk anaknya, Qhaliff yang baru berusia dua bulan.
 

No comments:

Post a Comment