Nuffnang

Thursday, June 7, 2012

Jalan2 @ Pantai Leka

Wah! Mari lekakan diri nak tak bersama kita sekeluarga. Free je tak perlu bayar pun...hihihi. Opsss! Terlebih sudah, bukan apa2lah kali ini kita nak bercerita pasal sebuah pantai yang terletak di Parit Jawa, Muar. 

Namanya Pantai Leka, sebenonya dah beberapa bulan kita kesini. Pantai nih terletak kira berdekatan rumah bapa mentua kita. Bestkan jadi menantu orang sini, balik rumah mentua boleh makan angin secara percuma lagi...muehehehe







Pergi masa tuh tengah cuaca panas terik, tengahari buta kita bersiar2. Tak agak2 panas you! hehehe. Itu je masa yang terluang sebelum bersiap2 nak balik Johor Bahru.

Mula-mula sampai melihat keindahan pantai Leka yang cukup tenang dengan keindahan Pantai Leka dekat Parit Jawa, di sini yang pernah terkenal suatu ketika dulu, kini hanya tinggal kenangan apabila hakisan ombak menyebabkan pantai itu musnah dan berlumpur. 

Siapa sangka di Pekan Parit Jawa ini wujudnya sebuah pantai yang membuat pengunjung terpesona melihat keindahan semula jadi pantai berkenaan, di samping menghirup udara segar dan desiran ombak dari Selat Melaka.









Kenapa di namakan Pantai Leka? Bila minta bantuan incik google jawapannya macam nak ketawa pun ada. Itu macamkah? Sedikit masa dahulu, kira zaman dolu2lah ya. Zaman bapa mentua kita bercinta naik basikal...hahaha. Ini cerita benar apa yang bapa mentua kita ceritakan pada kita...huhuhu

Muda-mudi suka mengabiskan masa berpeleseran di pantai yang berpasir yang cukup indah ketika itu, mereka bermandi manda hinggakan kadangkala sampai terlekamenghabiskan masa disitu. Macam itulah cerita sejarah nama Pantai Leka...hihihi












Dalam tak sedar hampir 1.30 jam juga kita berada di Pantai Leka yang membuat kami terleka melihat keindahan pantai tersebut. Tak rugi untuk singgah di sini memandangkan banyak kemudahan yang masih terpelihara, mungkin pantai ini di jaga dengan baik.

Selain terdapat menara tinjau Pt Jawa ada juga disediakan playground untuk orang dewasa. Hah! Apa lagi boleh buat exercise lagi di situ yah....hehehe






















Selain itu jangan lupa untuk ke bahagian pantai kawasan perkampungan nelayan, kalau nasib baik bolehlah membeli ikan segar terus dengan para nelayan yang baru pulang dari laut. Boleh juga melihat jemuran ikan2 masin berhampiran di situ.

Alhamdulillah! keseluruhannya, memang puas hati jalan2 di situ. Next time kena datang lagi, banyak benda kita tak sempat nak snap. Panas sangat cuaca ketika itu.  Syukur sangat2 sebab dapat share kisah Pantai Leka pada semua pembaca blog ini tentang salah satu tempat peranginan di daerah Muar. 


2 comments:

  1. salam ct.. sy zulaika.. boleh x bagi nama restaurant yg tkenal di parit jawa.. klu x silap kedai tu pernah dimasuki rancg tv3 jalan2 cri makan.. kedai tu dekat2 dgn pantai leka la.. tolong bg nama resturant n gmbr kedai tu boleh x? mane la thu ct ade simpan.. thanz ya.. =)

    ReplyDelete
  2. Alaa asam pedas mak ngah kat situpun sedap juga,sy dah cuba rasa,fuhh ikan mayong dia first class pnye ! ! Mai le. .

    ReplyDelete