Nuffnang

Wednesday, July 18, 2012

Batu Giling

Alhamdulilah bertemu  kembali dalam blog kita, ayat macam ramai je follower. Perasannya haku...muahaha. Tak kisahlah janji kita boleh menulis.

Tiba2 malam nih cik Som nak cite tentang batu giling. Tampo2 pipi kiri kanan macam mengigaukah? Jauh tul topik kali nih...hihihi.





Kita nak tanya siapa yang penah guna batu giling? Angkatlah kaki. Opsss! tangan eh! hikhikhik. Kita mula menggunakannya dari tahun 1970-1980an. Ceh! ayat macam kita yang dok mengiling. Tipu tul! Tengok orang mengiling adalah...hihihi

Bagi yang tak tahu moh sini cik Som terangkan sikit. Batu giling digunakan bagi menggiling cili kering untuk membuat sambal tumis dan asam pedas. Batu giling juga digunakan untuk menggiling rempah untuk masakan kari seperti jintan kasar, jintan halus dan ketumbar. 





Selalunya menggiling cili  tangan akan berasa pijar, untuk menghilangkan pijar menurut kata orang-orang tua letakkan tangan ke dalam tong beras. Kalau kita confirm tak hilang pun pijar sebenarnya. Betulkah? hihihi

Terus terang kerja menggiling cili adalah kerja yang paling kita tidak suka. Eiii! Susahlah, asyik terpelanting je segala bahan yang ada atas batu giling. Leceh! hahaha





Kita berkesempatan menggunakan batu giling untuk sekejap sahaja, adalah dalam 2-3 kali. Tak nak gunalah, susah...hihihi. Kat pasaran semua dah ada, cuma yang membezakan adalah pengalaman.

Anak generasi sekarang hanya melihat batu giling di galerium. Hah! Dekat rumah kita ada 2 set sekadar hiasan :)


2 comments:

  1. Nk jual x batu giling nie?? Sy nk beli boleh?? Berapa saiz die?? Pm sy 0146370051

    ReplyDelete
  2. Nk jual x batu giling nie?? Sy nk beli boleh?? Berapa saiz die?? Pm sy 0146370051

    ReplyDelete