Nuffnang

Monday, July 30, 2012

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Alhamdulilah!

Malam minggu yang meriah. Malam nih kita berbuka puasa begitu meriah bersama ibubapa dan 3 keluarga adik beradik yang bertempat di rumah kita.






Masing datang jam 6.00++ptg dengan membawa juadah masing2. Makanya bukan main banyak juadah makanan yang nak dimakan petang semalam.

Kita masak soto tulang lembu dan pengat pisang. Masing2 berselera makan soto yang masih panas. Kali nih kita share cara untuk membuat sup tulang.


Resepi : Soto Tulang Lembu

Bahan-bahannya : Untuk makan 15 orang

Tulang lembu - 5 kg
Bawang merah - 9 biji
Bawang putih - 9 bii
Halia -  3-5 inci 
Lengkuas - 3-5 inci
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Daun sup dan bawang
Minyak
Air
Bawang goreng


Cara-caranya :

Tulang cuci dan masukkan dalam rice cooker kemudian isi air sehingga paras tulang. Masukkan halia dan lengkuas yang  telah diketuk. Rebus dalam 1 jam. 

Panaskan minyak masukkan rempah tumis dan di ikuti bawang merah dan putih. Bila nampak sedikit keperangan curahkan kedalam periuk rebusan tulang tadi.

Air rebusan daging tambahkan lagi dan biarkan sampai mendidih. Bila sudah mendidih, tekan keep warm. Biarkan 3-4 jam.

Masukan garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali hidangkan bersama nasi himpit, daun sup dan bawang, bawang goreng dan pelbagai aksesori yang kita minat.

Nota : Merebus tualang lembu bila menggunakan rice cooker lebih cepat lembut.

Selamat mencuba!



4 comments:

  1. sama lah kita.. soto.. tp kitaorang soto ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Yan lenkali kita tukar2 eh masakan..hahaha

      Delete
  2. wah best2x.. insyaAllah nnt nak cuba buat.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sgt Aimi....nanti buat anta kat akk...hi3

      Delete