Wednesday, August 29, 2012

Kebaikan Minum Teh Hijau

Syukur Alhamdulilah!

Sudah beberapa hari kita tak sempat untuk menulis  dalam blog ini, walaupun di dalam fikiran, sudah ada beberapa benda yang ingin dikongsikan dalam masa terdekat. Namun apakan daya, masa dan keadaan mencemburui kehidupan dan menyebabkan kadangkala tidak mempunyai masa untuk diluangkan untuk menulis. 




Malam nih nak kongsi minuman yang baik untuk kesihatan iaitu Teh Hijau. Disebabkan minuman yang unik ini bukanlah popular di kalangan masyarakat kita walaupun begitu banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

Masing-masing tengah hangatnya raya makanya makan apa yang ada depan mata. Mari kita buang lemak2 yang degil...huhuhu

Teh hijau telah diminum sejak berabad-abad lamanya. Penggunaan minuman ini berasal dari negara-negara seperti Jepun atau Cina dan hari ini ianya diambil dalam pelbagai cara.Sememangnya ramai yang tidak menggemari minum teh hijau ini kerana rasanya yang dianggap kurang enak oleh kebanyakan orang. Namun begitu minuman ini mempunyai banyak khasiat untuk badan kita.




Selain itu, minuman teh hijau boleh dijadikan sebagai amalan diet seharian kerana peranan mereka dalam membantu penurunan gula dalam darah dan kadar kolesterol. Semua minuman yang dibuat dari tanaman Camelia sinensis cenderung memberikan imunisasi maksimum terhadap banyak penyakit lain. Oleh yang demikian, teh hijau memang baik untuk dijadikan minuman seharian kita. Kebiasaannya teh hijau tidak di campur gula semasa kita membancuhnya. 

Teh hijau tak hanya dapat menyehatkan tubuh bagi tubuh, selain itu dapat menyegarkan mulut. Kita biasanya akan memulakan hari dengan mengambil satu mug teh di pagi hari sebelum kepejabat itu pun selalu terlupa..hihihi. 
Ia akan memberikan rasa segar dan lebih bertenaga dibandingkan dengan minuman-minuman yang lain. Berbanding nescafe yang menjadi kegemran incik asben kita, selera masing2kan.
 

2 comments:

  1. i pun baru dapat satu info, teh hijau rebus sama betik muda buat ubat urik asid.

    ReplyDelete
  2. Owh..iya ke Azian..bagus2 info baru nih..

    ReplyDelete