Nuffnang

Monday, August 13, 2012

Ketupat Palas

Syukur Alhamdulilah, memandangkan semua tengah mood raya, kita biasa2 je. Persiapan ala kadar sudah memadai. Rasanya masing-masing tengah sibuk mengemas rumah, memasang langsir, membuat kuih muih dan pelbagai lagi persiapan.

Kita nak kongsikan salah satu persiapan akhir  masa nak raya iaitu bab masak memasak. Macamlah pandai masak sangat...huhuhu. Sikit-sikit boleh kot.

Rasanya ketupat adalah makanan wajib dalam hidangan raya tapi depends pada selera masing2. Kita bagi sedikit cara untuk membuat ketupat palas dan resepinya.



Ketupat Palas

Bahan-Bahan :
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb garam
Daun palas secukupnya

Cara Membuatnya :

Kukus pulut separuh masak  dalam jangkamasa 10 minit, masukkan pulut yang separuh masak dalam bekas besar. masukkan 1 tin santan yangg dicampur dengan garam. kacau rata. Biarkan 10 minit.
Kukus lagi beras tadi hingga masak, masukkan pulut yang dah masak dalam bekas besar. Masukkan lebihan santan, biarkan hingga suam dan boleh bungkus.

Bila semua siap di bungkus, kukus lagi ketupat tadi selama 30 minit.

Siap untuk dihidang, sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam@daging dan ikut kesesuaian.

No comments:

Post a Comment