Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Khasiat Minum Jus Avocado

Alhamdulilah!

Bersua kembali, sempatkan diri menaip entri sebelum masuk tidur. Masih kepenatan balik dari Jusco membeli sedikit barang keperluan bersama incik asben dan anak dara. Cuba mengingati kisah minggu lepas ketika majlis iftar bersama keluarga dirumah kakak. 




Adik ipar lelaki kita datang bawa jus avocado. Dia nih memang rajin buat jus avocado. Memang benar minum jus avocado nih sangat baik tapi kena ingat avocado banyak mengandung lemak. Tiga perempat dari setiap avocado itu adalah lemak. Untuk buah yang relatif kecil dengan bjii yang besar, avocado mengandung sekitar 290 kalori....huhuhu. Puas kita mengoogle, betullah memang tak silap.

Jadi, tidak menghairankan jika banyak orang yang memutuskan untuk menghindari avocado. Tapi sekarang, ada sebuah artikel yang dipublikasikan tahun 2007 di Better Nutrition menjelaskan bahwa lemak di dalam avocado itu hampir semuanya adalah jenis lemak yang menyihatkan. Lemaknya mirip dengan lemak pada minyak zaitun yang sangat sehat. Bahkan, lemak ini banyak pula digunakan dalam pembuatan sabun dan kosmetik.


 


Siapa yang tidak suka jus avocado? Jus yang rasanya lembut dan lazat. Orang-orang biasa meminumnya, akan merasakan perbezaannya dan salah satu baik untuk menjaga keindahan rambut.

Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat, baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung.





Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat.

Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% daripadanya adalah lemak. Ayoyoyo! Makin tebal kita punya babat tapi sesekali minum apa salahnya...hihihi. 


Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Fakta yang ini kita suka, sangat baik untuk mokcik2...hihihi





Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit.

Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. 

Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.

Wah! Dah macam pakar pemakanan kita nih, walhal hasil membaca dari sumber incik google je...huhuhu. Kata sharing is caring....:)



4 comments:

  1. Salam..Ni antara minuman kegemaran saya ni...

    ReplyDelete
  2. Owh..iya ke Abil..baguslah camtu jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  3. saya biasa rasa jus ni ketika berkunjung ke Bandung dan Jakarta.. klau org yang tak biasa mmg rasa nya kurang enak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x suka mnm jusnya tapi makan camtu je dgn berulamkan nasi atau dgn sayur2...rasanya lemak bkrim...ngee

      Delete