Nuffnang

Monday, August 27, 2012

Malam Raya 2012

Syukur Alhamdulilah!

Salam lebaran buat semua blogger dimana jua berada, pembaca setia blog kita (ayat skema macam retislah...hahaha) dan kaki skodeng yang dok mengitai. Bacalah jangan buat spekulasi sudah ya, kang surat dari peguambela kita datang tak pasal2 nak kena tunjuk sebab. Hah! Takut!...huhuhu

Selamat Hari Raya sekali lagi buat semua dari kita sepanjang menulis di alam maya nih. Kosong-Kosong! Hokeh...:)














Belum berkesempatan kita nak bercerita tentang raya kali ini. Raya ke 4 kita dah memulakan tugas, balik2 dah penat. Memandangkan anak2 dan suami ada di rumah fokus bersama mereka dan keluar jalan2 yang hampir dengan rumah sahaja. Belum kemana2 setakat shopping compleks...huhuhu

Menjadi tradisi keluarga belah kita sebelumnya menjelang malam raya kami akan bersolat maghrib, isyak secara berjemaah dan bertahlil bersama untuk disedekahkan kepada ahli keluarga kami yang sudah meninggal dunia dan mendoakan kejayaan anak2 buah yang bakal menduduki peperiksaan.












Tahun 2012 lengkap kami seisi keluarga bersama, masing2 dapat berkumpul untuk melakukan ibadah dan menyambut raya dan saling bermaaf-maafan bersama.

Abah dan mak, 6 pasangan keluarga adik beradik dan anak buah seramai 18 orang. Ini yang membuatkan abah kita cukup gembira. Alhamdulilah, dapat gembirakan abah dan mak kita.











Selesai bersolat isyak, masing2 bertakbir raya dan bersalaman. Kemudian masing2 ada yang makan di dapur dan bermain bercun dan bungapi. Kami yang dewasa duduk di meja hadapan rumah melihat gelagat mereka dengan menghirup kopi O panas. Banyak perkara yang disembangkan bersama adik beradik dan ipar duai.

Syukur Alhamdulilah, itulah kebahagiaan keluarga kami yang sangat akrab. Saksikan entri akan datang tentang "Saya nak duit raya Cik Misya!!!".




5 comments:

  1. Salam Aidil Fitri juga Kalamhati

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berakhir jugak Ramadhan dan kita sambut Syawal dengan penuh kegembiraan. Bila dapat berkumpul dengan semua saudara kita...memang amat bermakna. Kak Asha pun tahun ni berpeluang sambut dengan semua adik beradik. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya buat CT sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. Slmt hari raya Mie dari saya dan keluarga...

    ReplyDelete