Nuffnang

Saturday, August 11, 2012

Untunglah Polis Dan Askar Dapat 1Malaysia Privilege Card


Syukur Alhamdulilah!

Malam tadi kita dengar berita dalam kereta. Perghhh! Dasyatlah warga Polis dan askar dapat Kad Diskaun Anggota Keselamatan - 1Malaysia Privilege Card. 


  




Bagi menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.





Kita jugak yang dapat kad Mesra Petronas...muahaha. Apa pun terima kasihlah Petronas selalu bagi kita point...hihihi 






























Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian. 


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman portal 1Malaysia Privilege Card. Nampaknya bolehlah mereka bercuti2 Malaysia dan bershopping sakan di tempat2 yang ditawarkan.


No comments:

Post a Comment