Nuffnang

Monday, September 24, 2012

Diskusi Kepimpinan Perdana Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad


Selamat malam semua pembaca blog kita moga semua ceria selalu hendakNya. Syukur Alhamdulilah masih diberi peluang olehNya untuk menulis dalam blog ini.







Sempat kita melapangkan masa dalam sejam mendengar Diskusi Kepimpinan Perdana bersama Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 







Motif pergi sebab nak melihat Tun secara lebih dekat...hihihi. Alhamdulilah, dapat juga tengok betul2 depan dia. 

Masih gagah perkasa...hihihi. Gurau eh, Alhamdulilah Tun memang nampak sihat dan masih boleh berkomunikasi dengan jelas dalam usia 87 tahun.







Antara yang di sebut, antaranya Realiti dan Fantasi’ dengan mengaitkan perbezaan generasi dulu terutama sebelum dan pada awal kemerdekaan dengan generasi sekarang.

Generasi dulu lebih tahu menghargai nikmat termasuk kebebasan dan kesenangan hidup disebabkan pernah hidup menderita pada era penjajahan berbanding orang zaman sekarang.






Manakala generasi baru lebih pantas daripada generasi lama, tetapi mereka perlu bendung kuasa mereka dan melakukannya untuk negara, bukan untuk kepentingan diri sendiri.






Opsss! Macam setiausaha politik pulak mak menulis malam nih...hihihi. Cukup sudaaaaa.....:)

Bagi yang nak tahu pasal diskusi itu boleh klik dalam utusan.



No comments:

Post a Comment