Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

Mutiara Village Grill Steamboat @ Taman Mutiara Rini

Syukur Alhamdulilah dengan apa yang kita ada hari ini. Tak sempat nak posting entri sejak semalam, Malam nih baru ada kesempatan.






Macam biasa, sesekali kalau baca blog kita mesti ada entri makan-makan...hihihi. Entri wajib baca kalau cite bab makan nih...hihihi. Ikut suka kita je...huhuhu

Motifnya malam nih nak cite pasal makan lagi. Wah! Bertambah2lah tebal babat mak nak....muahahaha







Kalau ikutkan perancangan malam jumaat kita nak temankan incik asben ke Seremban tapi perancangan bertukar saat akhir. Sokseksoksek, akhirnya kita tak payah pergi...huhuhu

Apa lagi kita buat perancangan dengan anak dara kita yang sorang tuh. Kami pergi Mutiara Village Grill Steamboat yang terletak di Taman Mutiara Rini.

Sampai situ perghhh ramainya manusia, ada baki meja kosong 2 je. Cepat juga layanan pekerja di situ.





Makan sampai tahap lebam, mana taknya kejap2 memanggang dan mencelup bahan2 makanan atas dapur yang disediakan atas meja masing2.

Entah malam tuh kita dok nak membakar jagung sebab sejak kebelakangan nih suka sangat makan jagung. Mak jagung katakan..muahahaha. Memang puaslah makan malam tuh cuma tak larat nak sumbat semua...hihihi.





Bagi kita orang yang suka makan atau sanggup duduk lama2 sampai 2-3 jam bolehlah kesitu. Kita 1 jam pun dah rasa nak cabut. Kalau pandai makan kira berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan...:)


Apa salahnya nak mencuba makan di tempat yang agak berbeza seperti di Mutiara Village Grill Steamboat. Harga dewasa RM25.00, student RM23.00 dan kanak-kanak RM12.00. Makanan,minuman dan aiskrim disediakan, antara larat atau tidak je kita nak makan ka situ...hihihi

Bagi yang berminat bolehlah ke sana.

Mutiara Village Grill Steamboat
No. 29 Jalan Utama 43
Taman Mutiara Rini
81300 Johor Bahru
 Johor
Contact - 012 7471200


No comments:

Post a Comment