Happy Wedding Anniversary
Assalamu'alaikum wbt. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada pada hari ini.
Bermulalah pertukaran status daripada seorang anak dara kepada seorang yang
sudah berkahwin pada tanggal 29 Oktober 1989. Kemudiannya bertukar status lagi kepada seorang ibu 2 tahun kemudian. Dikurniakan 2 orang cahaya mata - 1 puteri
dan seorang putera, bahtera yang dibina terus berlayar menuju ke
destinasi yang diredhai Ilahi. Insyaallah.
Pejam celik, pejam celik, sudah 23 tahun berlalu. Bermakna sudah 23
tahun kami berumahtangga. Oh, sekarang sudah berempat ya! Sungguh cepat
masa berlalu, bukan
Kita tahu, sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun
ini, pastinya banyak dugaan, ujian dan halangan yang telah kita
hadapi dan tangani. Ada yang kita sendiri nampak dan ada yang tidak.
As fas as I know, marriage itself is a gamble. Ohooo!. Jangan salah faham ya. Perkahwinan itu suatu percaturan. Kenapa kita katakan begitu? Sebab kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa menghabiskan sisa perjalanan. Yang perlu dan harus kita lakukan hanyalah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Itu sahaja.
Pada kita, perkahwinan yang dibina itu bukan sekadar untuk kita berkongsi kegembiraan, kasih sayang, cinta dan rindu dendam sahaja. Pada saya, perkahwinan memerlukan sesuatu yang lebih daripada itu. Ia perlulah diisi dengan rasa penuh tanggungjawab dan berusaha memainkan peranan masing-masing sebaik yang mungkin. Setakat cinta sahaja tidak cukup. Rasa cinta itu akan pudar seiring dengan perjalanan waktu. Peranan yang dimainkan inilah yang memekarkan dan menghidupkan kehidupan berumah tangga.
Ohooo! Tidak semudah sebenarnya menghadapi onak dan duri dalam melayari bahtera rumahtangga! Tak percaya? Cubalah luangkan sedikit masa mendengar kisah dan pengalaman orang yang lebih tua. Cuba tanya pada mereka. Cubalah tanyakan pengalaman mereka. Pasti semua akan temui satu konklusi yang mengatakan bahawa perkahwinan itu tidak semanis yang diimpi dan tidak seindah yang dimimpi.
Pastinya banyak susah-senang dan jatuh-bangun yang telah kedua ibu bapa kita hadapi sepanjang tempoh mereka membina mahligai cinta begitu juga diri ini. Ujian Allah cukup kuat, cuma lain orang lain ujiannya.

Walau apapun, kita percaya, setiap perkahwinan yang dibina pastinya
mahukan bahagia. Setiap pasangan yang berkahwin mahukan panas
berpanjangan hingga ke petang. Semuanya mahu membina rumah tangga yang
dilimpahi dengan sakinah, rahmah dan mawaddah. Insyaallah.
Kita percaya kesolehahan
kita pada hari ini adalah hasil daripada kesolehahan ibu bapa kita.
Kesolehahan anak-anak kita nanti bergantung kepada kesolehahan kita pada
hari ini. Agak seramkan? Makna kata, andai kita mahukan anak yang
soleh dan solehah, kita dahululah yang kena menjadi soleh dan solehah.
Sebab itulah perlu mempersiapkan diri bermula dari sekarang.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga, meredhai dan merahmati kita.Tidak sedar sudah menjangkau 23 tahun telah berlalu yang penuh dengan onak dan liku. Moga kita terus tabah menongkah waktu.
Terima kasih Allah merestui perjalanan rumahtangga ini. Amin!
Semasa entri ini di tulis kita sedang menunggu pak incik bersiap2 untuk menuju Senai airport ke satu destinasi. Jam 7.00pg kami menuju KLIA. Insyallah doakan kita selamat pergi dan kembali.
Selamat ulangtahun Perkahwinan CT. Semoga rumahtangga terus rukun aman damai dan sejahtera. Semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteBila dah lama gini, terus lupa segala perit yg dulu dulu, kan?
Kak CT,
ReplyDeleteTahniah!!!diam xdiam, kecoh xkecoh, perkahwinan akak masih berkekalan dan kita doakan akan terus mencapai kebahagiaan yang diimpikan :) Honey Moon ya? Semoga segalanya berjalan lancar.