Syukur Alhamdulilah..
Sehari sebelumnya menjelangnya perayaan Aidil Adha kita selamat pulang kembali ketanahair bersama pak incik. Dengan menaiki pesawat Airasia yang delay di LCCT membuatkan kita terasa bosan tambah badan yang mula terasa demam.
Alhamdulilah jam 12.30pg kami selamat mendarat di Senai airport. Anak dara kita yang datang menjemput.
Penat badan yang melanda selama 5 hari di sana belum hilang buat kita tidak posting entri untuk beberapa hari.
Di tambah dengan kesibukan bila dapat berkumpul bersama ahli keluarga semasa menyambut Aidil Adha.
Sekembalinya dari Paris Van Java @ Bandung kita agak kurang selera makan, setiap kali makan tekak ada rasa kembang dan diikuti rasa sakit perut hinggalah sekarang. Mungkin sedikit perubahan faktor makanan agaknya, insyallah oklah tuh nanti.
Bagus jugak kalau camni selalu boleh cepat sikit proses diet kita...hahaha. Iyalah tuh...hikhikhik
Anyway kesempatan ini rasanya belum terlambat bagi diri kita untuk mengucapkan Selamat Aidil Adha untuk pembaca blog ini di mana jua anda berada. Terima kasih atas kesudian melayari blog ini.
Terima kasih sekali lagi dan perbanyakkan beramal di hari mulia ini.
Julai lalu saya juga singgah sekejap di ParisVanJaya.. Orang sana sebut PeyBeyJey. Tapi saya singgah meronda saja, tak beli apa pun kecuali roti utk sarapan di Carrefour. Bandung sangat best untuk shopping kan?
ReplyDeleteSyukur sudah selamat kembali dan beraya di tanahair sendiri.
Syurga shoppinglah AA...hihihi
DeleteWah samalah kita... saya pun sampai di LCCT sehari sebelum Eidul Adha, lima hari juga di sana...
ReplyDeleteOwh iya ke Mie...ala kesana sesaja jalan2, cucimata dan shopping....;)
Delete