Nuffnang

Monday, October 8, 2012

Trip Ke Universal Studio Singapore

Syukur Alhamdulilah, kita semua masih di beri peluang olehNya dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.



Kita habiskan masa berehat dirumah hari ini. Bangun seawal jam 5.20pg sebab malam tadi tido awal.  Penat pegi Universal Studio Singapore belum hilang lagi. Pagi nih dah cergas kembali...hihihi. Boleh layan kucing2 kesayangan kita tuh, membelai pokok2 bunga dan mengemas rumah. Pagi nih makcik sudah kasi pecah lemak sikitlah kiranya...hikhikhik

Ok2 jangan layanlah sangat makcik jual ikan kerapu tuh...hahaha. Hari jumaat kita ke Universal Studio Singapore bersama anak2 dan pak incik tak join sama atas urusan rasmi yang jauh sinun.

Kita ambil pakej Rajawali Bintang Travel. Seawal jam 7.15pg kita sudah berada di Tuned Hotel Johor Bahru bersama penghuni yang menginap di hotel tersebut untuk berangkat ke Singapore. Sementara menunggu bas sampai sempat kita breakfast Bakso dengan anak2.





Tepat jam 7.30pg  ke KSL Resort Johor Bahru pula untuk mengambil beberapa orang yang hendak berangkat sama.





Sedar tak sedar, secara kebetulan sebenarnya kita sudah berkenalan dengan anak seorang anak Diplomat Malaysia yang bertugas di Australia yang duduk disebelah seat kita dan turut serta seorang menteri bersama ahli keluarganya yang turut sama hendak ke Universal Studio Singapore. Thanks you Rowena jadi kenalan kita semalam :)




Meredah kesesakan jalanraya dari Johor Bahru menuju Singapore sebab melalui tambak Johor...huhuhu. Sampai USS jam 11.05pg. 

Ini pengalaman kali ke 2 kita ke USS bersama anak-anak :)


3 comments:

  1. Bahulu Studio.com

    Terima kasih masuk sini, rajin2 masuk blog saya :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat pergi ke negara orang..slam kenal

    ReplyDelete