Syukur Alhamdulilah...
Malam nih kita sempat luangkan masa sekejap untuk menyambung entri sepanjang berada di Universal Studio Singapore. Nak cepat lepas nih nak keluar ada urusan peribadi.
Kali ini kita berada di Water World. Apa yang ada di situ...huhuhu. Jom ikut kita ....:)
Antara tempat kita sangat berpuashati semasa di USS. Entahlah kira berbaloi dengan penat kaki yang amat sangat tapi bila tengok dengan mata sendiri aksi2 lasak yang ada dekat movie. Huh! Camni ya. Penat jadi pelakon...hahaha
Penat dowh! Rasa penat sangat masa baru sampai rumah tambah bila bangun pagi, macam baru lepas beranak kita rasa....hahaha. Betis rasa macam nak melotop! Hambikkk!
Kita sangat2 teruja masa kat Lost World. Memang best! Pelakon-pelakon tu jahat gila! Sementara tunggu penonton masuk dan show
start, dorang simbah-simbah penonton dengan air. Pakai paip, pakai
baldi.
Penonton yang duduk kat bawah sekali dah siap pakai baju hujan.
Maybe dorang dah tau. Lagi keji dorang masuk celah-celah penonton, pastu
simbah air. Yang kita orang ni terjerit-jeritlah sebab takut basah...hahaha. Nasib kita tak basah. Hurghhh! Selamat mak nak!
Budak yang kena siram tu, pelakon tuh panggil ke bawah, suruh
budak tu pancutkan air kat sape-sape yang dia nak. Tengah dia pancutkan
air tuh, dia pun kena siram sekali. Lawak je..hahaha. Tergelak giler kita masa tuh.
Secara keseluruhannya, pengalaman berjalan ke Singapore dan meneroka Universal Studio nih memang sangat-sangat mengujakan. Rasa macam nak pegi lagi untuk kali ke 3....hahaha. Tak agak2. Ada sape-sape nak belanja saya tak? Saya sanggup jadi pemandu pelancong...hahaha
Okla, penat dah bercerita ikutkan nak menulis lagi kisah sepanjang di USS tapi nanti korang tak pegi USS pulok....hahaha. Bagi yang belum sampai sana boleh pegi dan alami pengalaman yang cukup indah.
Hihihi..Kena pegi lagilah Eynda
ReplyDelete