Nuffnang

Tuesday, November 27, 2012

Durian Runtuh Anak2 Felda, Moga Tidak Lupa Diri

Selamat malam semua, Alhamdulilah dengan apa yang kita kecapi hari ini berbanding semalam. Kita tinggalkan kekurangan diri sebagai penambahbaikan untuk hari esok. Insyallah!




Malam ini cuba melayari Koperasi Permodalan Felda, wah! Macam nak juling bijik mata tengok bayaran bonus yang diberi. Kenapalah dari dolu2 kita tak melabur, eiii silap betullah...huhuhu. 

Cuba baca bayaran bonus untuk tahun 2011 sebanyak 18%. Banyak tuh walaupun di bayar sebanyak 2 kali. Cuba baca kat sini. Kita sangat berbangga menjadi anak felda sebab zaman kita membesar berlatar belakangkan pahit getir dalam kehidupan keluarga. Tiada KFC dan Pizza Hut  dalam kamus keluarga kami ketika itu. Biskut kering menjadi makanan paling lazat bagi kami. Alhamdulilah adik beradik berjaya punya akademik dan kerjaya yang berguna pada masyarakat.

Harap anak2 felda yang menerima durian runtuh tidak mudah lupa diri. Gunakan duit yang diperolehi sebaik mungkin. Bagi yang belum atau inginkan info selanjutnya tentang KPF bolehlah melayari di Koperasi Permodalan Felda pada bila2 masa yang terletak di :

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Bangunan Blok J,
Anjung Felda, Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur
Tel : +6032694205
Emel : kpfadmin@@felda.net

Sesungguhnya Felda merupakan agensi yang amat berjaya dan tersusun sejak ia diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Al Fatihah buat Tun atas pengorbanannya membangunakan Feldaa.

Kita sekadar anak Felda yang saling ingat mengingati sahaja...(:







No comments:

Post a Comment