Nuffnang

Tuesday, November 6, 2012

Jalan2, Shopping dan Cuci Mata @ Bandung


Syukur Alhamdulilah, sehari tak posting entri...uwaaaa. Malas melanda diri malam semalam. Malam nih rajin kita up balik...huhuhu. Malam semalam membuta kemain cepat, lepas solat isyak terus zzzz...hahaha


 







Hah! Kita nak sambung balik cite semasa di Bandung, motifnya taklah beriya2 sangat nak cite sebab kalau pegi Bandung tuh ada sesetengah orang Malaysia macam dah tak heran. Kejap2  ke sana, kejap2 ke sana, pantang nak shoping Bandunglah yang di tuju tapi sekadar berkongsi pengalaman masing2 apa salahnya iya tak?







Memandangkan kita menginap di Aston Braga Hotel jadinya taklah jauh sangat nak ke Pasar Baru. Itu pun pak Ary hantar, langsung tak menapak. Sampai parking dia hantar, punyalah manja kita kat sana, kuar dari kenderaan terus masuk kedai shopping. Ngades2 tul...hahaha. 

Senanglah idup aku kalau nak di banding masa pegi London dan Paris. Macam nak retak betis sehari jalan hampir 10km. Hamik aku...huahuahua. Mat Salih selangkah, kita punya langkah 3 langkah. Macam itik pulang petang...hehehe. Tapi itulah pengalaman berharga yang tak mungkin kita jumpa. Best woo!







Sepanjang di Bandung inilah keja kita dan pak incik, shopping, jalan2 dan cuci mata. Bukanlah cuci pakai klorok tuh. Alahai tengok gelagat orang sana...huhuhu. 

Setiap malam kita masuk factory outlet, siang pegi Pasar Baru. Memang murahlah kalau dibanding dengan harga kat Malaysia. Paling penting kena pandai buat perbandingan semasa membeli. Kalkulator jangan lupa bawa ya...hihihi









Kita tak banyak sangat shopping. Tak banyaklah sangat! hahaha. Adalah beli telekung dan kain ela sekadar buah tangan diri sendiri. Beg dan tshirt beli di factory outlet. Juling biji mata sampai tak tahu nak memilih...hihihi


No comments:

Post a Comment