Nuffnang

Friday, November 30, 2012

Makan2 @ Restoran Santap Sunda Sawargi

Selamat malam semua pembaca blog ini. Syukur Alhamdulilah dengan apa yang kita kecapi hari ini. Malam ini nak promot tempat yang menjadi kesukaan kita dan anak daraku yang sorang tuh. Sedap!




Di mana lagi kalau bukan Santap Sunda Sawargi yang terletak di Taman Universiti. Jom! Kita pergi ke Santap Sunda Sawargi yang membuat kami anak beranak dah jatuh hati pada restoran tersebut. Citarasa masakan kesemuanya Indonesia food takkan Thailand pulok...hihihi. 







Tema ala2 jawa gitu. Dari  luar memang nampak restoran nih sangat mengujakan. Masuk dalam fuyoo memang cantik dekorasinya. Macam seolah2 berada di restoran Indonesia...hihihi. Tak payah ke Indon ya ibu2 dan bapak2 semua..kikiki






Pada yang memang nak cari masakan origional Sunda bolehlah ke sini. Skudai sudah memadai sebab rasanyer sama jer macam makan kat sana. Selalunya kita makan bersama  anak dara yang gemar menempah bakso memang seronok berbanding pak incik kita yang tak lalu makan masakan jawa. Walhal dia pure anak jawa. Ngades2...kekeke
Selalunya nasi Timbel Ayam Kampung Bakar pilihan kita. Sedap!  Hidangannya, ada carbo, protein dan fiber yang cukup lengkap! Oh ye, makan nasi timbel ni, ada disertakan sekali sup sayur asem tapi tekak kita tak lalu...kekeke. Dalam sup tuh ada sayur, potongan jagung tua dan  rasa masam sebab ada asam keping.
Harga makanan di restoran ini berpatutan kita bagi 4 bintang dan dari segi kebersihan juga cukup memuaskan. So memang tak mustahil ramai pelanggan yang sentiasa berkunjung ke situ untuk mengisi perut termasuk yang menaip entri ini...kikikiki
 
Opsss! Jangan lupa ya singgah di retoran yang masakannya enak banget...:)

Restoran Santap Sunda Sawargi
1 Jalan Kebudayaan 8,
Taman Universiti,
81300 Skudai 
Johor Bahru



2 comments:

  1. dulu2 masa belajar , xpnh plak dgr nama restoren ni..restoren baru ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ziraziz dah lama jgk restoran nih, dlm 3-4 thn camtu. Kita pun sejak2 nih baru 'terjebak' sebab sedap...:)

      Trylah! Tapi kalau dekat...kikiki

      Delete