Nuffnang

Friday, November 23, 2012

Pokok Kacang Kemetot

Selamat malam semua. Alhamdulilah kita dengan pak incik telah pun selamat sampai rumah jam 8.30mlm. Balik rumah mentua di Muar petang semalam selepas tamat tugas. Sesaja menjengok ibubapa mentua yang sudah tua di kampung. 







Cukup menyelerakan! Biar pun masakan orang tua tiada menu yang special tapi sudah cukup menyelerakan. Siap dibekalkan lauk dan goreng pisang panas buat bekalan balik...huhuhu. Senanglah hidup aku...kihkihkih.

Ok tinggalkan kisah kita di kampung, kali ini nak cite pasal pokok kacang. Macam mana nak mula nih. Alahai susah bebeno...hihihi







Nak di panjang cite, sebulan yang lepas kita dan pak incik pergi menghantar anak2 buat suntikan di pejabat veterinar. Memandangkan sampai awal kita duduklah depan kaunter sambil melayan 3 ekor anak2 kita yang cumil....hihihi







Kita terpandanglah pokok2 kacang yang berbuah di tanam secara tersusun rapi di sekitar pejabat veterinar. Apa lagi, kita pun membelek2 pokok kacang tuh dengan beriya2...hihihi

Tiba2 muncul staf dari arah belakang yang buat kita terkejut badak sambil bertanya 'suka ke?'...hihihi. Ringan je mulut nih menjawab...hihihi. Kita apa lagi terus snap menggunakan hp.

Teruja! Sebab 1st time tengok pokok kacang panjang yang pokoknya spesis pendek, bermakna pokoknya tidak melilit dan tidak memerlukan kayu penyokong. Buah yang dihasilkan menjadi bekalan dikalangan staf pejabat veterinar setiap hari. Kita nak namakannya pokok kacang 'kemetot'...kihkihkih. Boleh gitu...kihkihkih

Staf yang sangat bermurah hati itu tawarkan kita  biji benih yang sudah tua untuk dibawa balik. Sekarang kita dalam proses mengeringkan biji benih sebelum proses menyemai.

Insyallah lepas ini bolehlah kita buat projek tanam kacang kemetot dalam pasu pulak...huhuhu. Biar orang lain pelik2, macam mana kita hari tuh...hihihi

2 comments:

  1. salam kenal,kacang tu nama dia kacang panjang renek. ;)

    ReplyDelete
  2. Ibu Qistina : Owh iya ke? Tima kasih banyak bagi tau...

    ReplyDelete