Nuffnang

Monday, November 12, 2012

Saujana Seafood Restaurant @ Gelang patah

Syukur Alhamdulilah...


Minggu nih kerja berselang dengan public holiday, makanya hati penuh dengan berbunga2 kejap keja kejap plan nak jalan2....hihihi. Memandangkan cuti rehat tinggal paras hidungkan jadinya kalau plan nak jalan pergi yang dekat2 je....huhuhu.





Tengah merancang nak bawa family pergi makan2. Memandangkan anak2 ada di rumah tambah anak bujang kita besdaynya baru berlalu 6 November yang lepas. Kita tak dapat celebrate sama kerana dia tinggal jauh nun jadinya bila dah ada kat rumah bolehlah celebrate sekadar makan2 seisi keluarga.





Dah janji malam tadi masa kami keluar makan malam nih untuk bawa dia makan2 tempat yang menarik. Kalau cakap tempat yang best di Johor Bahru nih dah terlalu banyak tempat kita pergi tapi ada satu tempat yang kita belum pernah pergi. Hasil mengoogle kita jumpa satu tempat nih.





The restaurant is called "Saujana", and it's a muslim seafood restaurant, so it's halal. It is located at persisiran pantai Tanjung Adang, Gelang Patah. Restoran nih disenarai pendekkan di dalam Johor Tourism portal sebagai destinasi yang perlu korang pergi termasuk kita...kahkahakah. Nak bagi perabis duitlah tuh...hahaha





Restoran nih terletak betul2 di pinggir pantai. Wah! Bolehlah  nyanyi lagu air pasang dalam surut pukul lima...hihihi. Meremang bulu roma tokey dan pengunjung yang datang...hahaha

Cite banyak pun tak guna sebab lom sampai, nanti kita cite and upload gambo kasi korang juling bijik mata...hihihi. Nak ikut ke? Boleh tapi tolong bayokan...hikhikhi

 

No comments:

Post a Comment