Nuffnang

Wednesday, November 28, 2012

Taman Tema Hello Kitty @ Nusajaya

Entri dah lama update balik...kehkehkeh

Syukur Alhamdulilah berjumpa lagi dalam entri kali ini. Semasa kita menaip entri ini sedang berada di opis menemankan pak incik....hikhikhi. Dalam sibuk menaip entri nih, dengar lagu dongdang sayang yang meleweh2 bunyinya. Mencik tul lagu2 macam tuh...hihihi



 

Hebat tul sekarang negeri Johor, sejak wujudnya Nusajaya, pembangunan sangat berkembang maju. Kalau pergi mana2 orang dok sebut Legoland. Kita je tak masuk lagi, bukan tak teringin tapi nanti dulu. Biar siap semuanya baru kita nak masuk...hihihihi. Mahu untung je walaweh...hihihi


 



Wawawa! Orang Johor vogue the vass sekarang nih! Tumpang berbangga sebagai anak jati Johor. Satu lagi taman tema sedang hangat diperkatakan tahun ini. 

Hello Kitty Town, HIT Entertainment’s Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu, Thomas & Friends® dan kartun tempatan kesayangan ramai LAT  wujud di Nusajaya, Johor. 

 



Kita dipahamkan Bandar Hello kitty nih menjadi kediaman pertama Hello Kitty di Selatan Asia. Syarikat itu juga akan menampilkan karekter My Melody dan Little Twin Stars. Hebat2!

Bandar Hello kitty ini juga turut menawarkan semua barangan Hello Kitty daripada pedagang-pedagang ,persembahan pentas, nyanyian,dan lagu termasuk jamuan teh hello kitty. Bagi ibubapa yang anak2nya teruja dengan Hello Kitty sediakan duit lebih ya. Mak selamat nak, anak2 kita dah beso panjang. 





Selain bandar Hello kitty FEC juga menampilkan karekter kanak-kanak di bawah The Little Big Club yang mempamerkan Thomas and FriendsTM, Barney the Friendly DinosaurTM, Bob The BuilderTM, Pindu The PenguinTM, dan Angelina BallerinaTM.

Selain itu mereka juga berkongsi tempat dengan karekter kartun Kampung Boy dengan adanya dunia Lat, yang mana di situ akan menampilkan semua rekaan set kampung sebagai mana di dalam babak karakter kampung boy. Perghhh! Hebatkan kampung boy bergabung dengan kartun2 lain di asia tenggara.

Info selanjutnya klik Utusan



2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete