Nuffnang

Wednesday, December 19, 2012

Menjejaki Everest Base Camp 2012

Alhamdulilah, selamat malam semua, menaip sambil makan buah rambutan. Jemput makan semua...hihihi

Perghhhh! Excited untuk berkongsi pengalaman dan perkongsian ilmu malam ini. Baca tajuk entri nih seolah2 saya yang menjejaki gunung Everest...hahaha

Propa sungguh! Hahaha. Sebenarnya petang tadi  berlangsungnya satu majlis perkongsian ilmu yang sangat baik untuk di kongsi kepada semua orang. 

Saya sangat2 teruja untuk mendengar pengalaman seorang warga emas yang menjejaki gunung Everest sehingga di Base Camp (EBC) Nepal, 12 November lalu dengan ketinggian 6,135 meter. Orang yang saya maksudkan adalah Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor merupakan seorang Pro Canselor UTM yang melakar sejarah tersebut.



Saya pun belum mampu dan boleh mengatakan 'boleh' untuk melakukan aktiviti yang seperti di lakukan oleh beliau. Saya percaya kalau diizinkan oleh Allah dan kekuatan mental yang sangat tinggi semua orang mampu melakukannya. Beberapa kali dia menyahut cabaran untuk kami mendaki sepertinya. 

Huh! Bolehkah? Kalau saya cakap nak mendaki sure orang tergelak beso...hihihi.





Kalau baca dalam Utusan, Sinar Harian dan pelbagai lagi berita, beliau menceritakan kembali pengalamannya, kejayaan itu merupakan hasil doa dan sokongan keluarga, Kementerian Pengajian Tinggi, UTM, serta penaja. Beliau pergi bersama kumpulannya berlepas ke Nepal 2 November lalu untuk mendaki Lobuche Peak (6,135m) dan Islan Peak (6,189m).
 

Kumpulan yang terlibat semasa pendakian bersama Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor ialah 5 orang penuntut dan 2 kakitangan UTM.

Insyallah pada 22 hingga 23 Disember 2012 di adakan ujian saringan bagi pencarian calon Menjejaki Gunung Everest 2014, ada orang tuh nak menyertai ujibakat...huhuhu. Percaya tak? Belum cuba, belum tahukan? Hahaha. Matlamat utama bukannya nak panjat gunung Everest tapi nak fit kan diri...hihihi

Sekadar memeriahkan keadaan...hihihi. Bukit-bukau yang ada disekeliling pun tak berapa nak lepas inikan Everest. Tergelak beso pembaca blog ini...hihihi

Kerja giler kalau saya boleh buat...hahaha
 

No comments:

Post a Comment