Nuffnang

Saturday, December 15, 2012

Penginapan Sejuk & Nyaman @ Kinabalu Pine Resort, Sabah

Alhamdulilah, selamat malam semua. Kita kembali menulis, mudah2an tulisan dalam blog ini sebagai ilmu untuk semua yang sudi membacanya. Saya sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman  seadanya. Dalam tak sedar sampai tertidur lena depan lappy ini, apa tidaknya mengadap lappy atas katil...hihihi

Actually kita tengah survey beberapa tempat untuk penginapan semasa di Sabah. Kalau boleh nak cari yang membolehkan saya nampak view semua tempat. Saya nak yang nampak keindahan semulajadi ciptaan Allah umpamanya yang melibatkan flora dan fauna. Waaaaah! Subhanallah cantiknya sampil pejam mata. Berangan kejap...huhuhu

 




Planning Januari 2013, insyallah akan berangkat juga bersama adik lelaki saya dan pak incik serta seorang lagi tourist guide kami yang setia menunggu...kekeke. Mestilah adik bongsu lelaki kita yang menetap di Sabah. Nampaknya  keselamatan terkawal dan selamat saya di jaga oleh 3 jejaka Himalaya....hahaha. Tiket flight telah pun buat tempahan 8 bulan yang lalu dan kini  untuk mencari penginapan di Kundasang.

Saya di pahamkan suasana di Kinabalu Pine Resort nih memang sangat nyaman dan sejuk mata memandang...Di sekitar Kinabalu Pine Resort ada banyak pokok Pine. Sangat sesuai dengan nama resort nih. Mungkin juga resort ini mengambil sempena pokok Pine yang banyak terdapat di situ. 

Sekiranya sudah puas menikmati keindahan Kinabalu Pine Resort boleh juga ke Strawberry Garden yang terletak berhampiran resort tersebut. Perjalanan dari Kinabalu Park Resort mengambil  masa dalam 10 minit. Tak jauh tuh!





Wah! Cite panjang pulak malam nih, walaupun mata macam dah nak terkatup...kekeke. Kejap celik, kejap terkatup tapi nak buat entri jugak...hahaha. Bagi yang teringin ke Kinabalu, Sabah bolehlah buat tempahan penginapan di Kinabalu Pine Resort. Before kemana2 saya memang suka email mana2 lokasi untuk dapatkan info semasa stay di sana. 

Bila baca blog kawan-kawan, mahukan dapat view yang cantik dan menarik. Kalau boleh nampak dengan jelas view gunung dan valley, boleh perasan kejap macam kat oversea...kahkahkah. Cuma kadangkala kalau nasib tak baik kat Malaysia nih hujan dan berkabus tebal...hahahaka. Tak nampak apa2 yang boleh dipotretkan but saya nih suka melihat keindahan alam dihadapan biji mata nih :)






 
Kinabalu Pine Resort antara resort2 pilihan. Adik saya yang menetap di Sabah suggest di sini tapi boleh survey lagi.  Pilihan macam nak book kat Kinabalu Pine Resort  tapi ada masa lagi untuk riki2 lokasi lain...kikiki. Baca dari blog orang2 lain pun kata Pine Resort tuh macam best. Korang tau tak kat mana lagi tempat yang best? Bagi komen atau cer kat saya...hihihi

4H3M rasanya banyak tempat saya boleh jelajah, entah cukup masa ke tak nih...huhuhu. Kena buat schedule percutian takut bajet masa lari....kikiki. Syyyy! Takut masa abis kat shopping...hahaha. Ohhh! Tidak kot...kikikiki







Saya nih bukan expert sangat bolehlah sekadar bagi info untuk perkongsian bersama dan dipahamkan Kinabalu Pine Resort merupakan tempat penginapan yang paling strategik untuk melihat keindahan gunung Kinabalu dan yang paling best kalau boleh dapatkan bilik yang paling sesuai dan strategik untuk sesi foto memfoto. Suka hati aku je...hahaha. Tak salahkan?

Paling penting bila kita banyak membaca melalui buku, blog dan pelbagai maklumat lagi dapat mempelajari banyak pengalaman dan pengajaran.  Sabah memang indah, begitu banyak tarikan. 

Saya ingin kongsi dengan semua terutamanya kaki jalan tentang Kundasang, Ranau. Tempat ni memang cantik sangat. Bagi saya, antara tempat yang berada di carta tertinggi. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan gunung ganang. Sepanjang perjalanan kelihatan pemandangan gunung Kinabalu yang memukau cantiknya. Subhanallah!






Ditambah lagi suhu yang sejuk, benar-benar mewujudkan persekitaran yang nyaman. Di pekan Kundasang terdapat beberapa deretan gerai menjual buah-buahan serta sayur-sayuran pelbagai jenis. Paling penting, kebanyakan sayuran ini datang dari hasil tanaman mereka sendiri. Memang segar dan berkhasiat! 

Seringkali menjadi tumpuan pengunjung yang melalui kawasan ini pasti akan singgah untuk membeli pelbagai jenis buah dan sayuran untuk dibawa pulang ke rumah.  Terdapat juga bunga-bungaan yang dijual ditepi jalan dengan harga yang berpatutan di gerai-gerai yang terdapat di sana. Pastikan beli buah salak ya kawan2 walaupun tidak semanis di Indonesia...hihihi

Bagi yang ingin dapatkan maklumat sila hubungi :

Email : reservation@kinabalupineresort.com
Website :  Kinabalu Pine Resort
 
Sales Office 
  
Lot 7, 1st Floor, Lorong Durian 7,
Kian Yap Industrial Estate,
Mile 5 ½ Jalan Tuaran,
88450 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia 

Telephone :
         (+60)88 386775
         (+60)88 389957


Resort Office

Kampung Kundasang
(Along Kundasang Ranau Highway)
Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia


Telephone :
(+60)88 889388
(+60)88 889488

 

2 comments:

  1. dah macam tempat bermusim lain dah.... nice info... anywway, dekat dengan laut tak? kalau saya nak gi scuba diving dekat kawasan mana area sabah tu?

    ReplyDelete
  2. Tima kasih Ixbarr Abdullah bagi komen...Alhamdulilah saya sekadar berkongsi maklumat apa yang saya tahu...laut x sure tapi kalau nak scuba diving boleh pegi Pulau Gaya dan Sipadan..disana ada xtbt scuba diving...:)

    ReplyDelete