Selamat malam semua, saya kembali menulis. Kali ini tentang wanita dan fesyen....kikiki. Jangan berkecil hatilah ya kaum Adam...kahkahkah. Bawa2lah bersabar dengan perangai kaum Hawa nih...kikiki.
Entri malam ini pasal Tudung Fareeda yang menjadi igauan saya dan kaum wanita siang dan malam. Huh! Memang suka sangat.
Dan hari ini taklah sampai tahap saya menjadi pelanggan pertama mereka yang pertama tapi memang suka sangat sebab kualitinya yang memang sangat bagus. Belum cuba belum tahu tahap keselesaannya dan kualitinya.
Ini hal orang perempuan yang susah orang lelaki nak fahamkan. Cer tanya macam dah boleh agak jawapan standardnya...hihihi.
Actually tak semua orang berminat dengan tudung Fareeda. Tapi bila dah minat, boleh angau...kihkihkih. Kalau boleh memang tak nak tengok tudung lain dah tapi tak termampu nak membeli banyak2. Kebanyakkan yang datang ke butik Fareeda adalah regular customer. Ada setengah tuh, dah ada berpuluh2 helai pun masih tak cukup lagi. Alasannya ada lagi warna lain yang tak ada dalam koleksi...hahaha. Tapi nasib saya tidak sampai tahap macam tuh...huhuhu. Setakat ini dah ada 3 helai koleksi...kukuikui
Apa yang eksklusif sangat tentang tudung ini? Pada saya mungkin rekaannya, mungkin mutu dan jenis kain yang digunakan, mungkin juga kerana tudung ini dijahit tangan dan tidak dibuat secara pukal. Harganya pun tak boleh ditawar. Fixed price. Yang jual di HQ dan Facebook juga harganya sama sahaja.
Apa lagi marilah kita sama2 mengayakan tudung Fareeda :)
Oooo sapa kata org lelaki tak faham pasal tudung ni cik CT ooiii....
ReplyDeleteHahaha...paham ya atau penah try pakai tudung...kikikiki
Delete