Nuffnang

Friday, March 29, 2013

Awas Orang Ketiga

Selamat bertemu kembali pembaca blog saya.

I'm typing this entry from Muar. Sebenarnya saya dah hilang idea apa yang nak di post tapi bila baca pm anak2 saya dalam facebook terus senyum dan ada idea pasal apa yang nak di post kat sini. Menjadi tajuk utama dalam Hmetro. Terima kasih anak2 ibu yang sentiasa memahami, lebiuuu!




Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Orang ketiga yang meruntuhkan dan menganggu rumahtangga orang lain kini sudah ada tindakan undang-undang untuknya. 

So tak nak kena ambik tindakan silalah lakukan kehidupan yang  yang betul. Di ulangi orang Islam yang sentiasa patuh dengan suruhanNya merasakan cintakan agama Islam, kalau yang suka melakukan maksiat atau berbangga2 dengan perilakunya yang sangat rendah akhlaknya pada pandangan saya sekadar bertopengkan Islam....:)

Kalau dari sudut pandangan anak bujang saya, apa yang dia tulis tulis dalam facebook, carasss dan bagi tindakan 2-2 sekali bagi tujuan untuk sedar diri....huhuhu. Ganas tul budak2 nih. Betul jugak, kalau tak bertepuk sebelah tangan mana boleh berbunyikan. Anak muda pun boleh berfikir sebegitu, inikan yang dah tua makin tak sedar diri. Malulah!

Jadi, selepas ini sekiranya mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan bolehlah buat laporan untuk disiasat di bawah akta. Bagi yang penjawat awam, selamat jalan Romeo dan Juliet sebab kerjaya hilang selepas sabit dengan tindakan mahkamah. Pikir-pikirkan untuk profesion baru, takkan asyik nak kena buang keja selalukan? huhuhu

Dari sudut peribadi saya sendirilah, kebiasaannya orang sebegini mereka kurang ilmu di dada, hidup asal boleh tanpa mengira hukum hakam, selalunya komunikasi mereka cukup manis, suka menceritakan keburukan orang atau mereka cerita walhal itulah dia realitinya. Mereka memang spesis tak memikirkan maruah dan harga diri sebagai orang Islam. Kesiankan! lalala.

Apa pun kita doakan mereka2 yang sesat ini kembali kepangkal jalan dan kembali ke keluarga masing2. Pintu taubat untuknya masih terbuka luas. Ambillah teladan dan pengajaran dari kisah lampau. Mereka yang pernah melakukan kesilapan dan dosa-dosa besar seperti  berzina, kufur dengan nikmat yang diberikan Allah dan bermacam-macam lagi. 

Pilihlah untuk kembali ke pangkuan Ilahi dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup. Sesungguhnya memilih untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, meninggalkan kemungkaran yang pernah dilakukan dan bertaubat kepada Allah adalah sebaik-baik perbuatan.

Saya sekadar boleh nasihat menasihati, teringat dengan kata-kata anak perempuan saya, kubur masing-masing, dosa dan pahala juga masing-masaing namun kita juga sesama umat Islam berhak untuk melakukan tindakan, menegur dan sebagainya. Ambillah jalan pulang ke pangkuan Ilahi itu yang terbaik. 

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Sumber Hmetro.


No comments:

Post a Comment