Nuffnang

Friday, March 22, 2013

Doa Nabi Untuk Elak Mudah Lupa

Salam sejahtera semua di hari jumaat yang mulia ini. Sihatkah pembaca2 blog saya?  





Saya rasa terpanggil untuk berkongsi  Fikrah Dr Salam dari apa yang saya baca baru kejap tadi dalam hmetro hari ini. Tajuknya 'Doa Nabi Untuk Elak Mudah Lupa', sesuai untuk yang seangkatan dengan usia saya dan anak-anak yang sedang menuntut ilmu. Rajin-rajin mengamalkan moga kita semua jadi insan yang cemerlang dan ditutup pintu hati untuk mengerjakan kemaksiatan.





Soalan :

Saya ada dua soalan, pertama membabitkan ibu saya yang mudah lupa. Apakah ada cara tertentu termasuk surah daripada al-Quran yang boleh diamalkan bagi membantu masalah dihadapi ibu saya ini?

Jawapan :

Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir 'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.” 




Ia bermaksud : “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)

Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.





Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.

Dengan itu anda boleh mengajar ibu anda doa berkenaan agar dia sentiasa ingat dan tidak mudah lupa di samping mendapat kelebihan lain sebagaimana dijanjikan Allah.

Kredit to Hmetro dan gambar dari Nannie-jauhari.


2 comments:

  1. aminn.. ilmu yg berguna.. tq awk..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tenku butang..mentang2 aku suka kucing cepat2 ya ko linkkan ttg kucing..hahaha...anyway tenkiu2...:)

    ReplyDelete