Nuffnang

Monday, March 25, 2013

Isu : Seksi Itu Adalah Hak Milik Saya

Selamat malam semua, aduyaiii 2 hari tak update blog. Kita balik kampung sesaje nak rilekkan diri jadinya sepi tanpa blog. Banyaklah alasan aku kan...hahaha

Kemana saya pergi baik dalam paper, facebook dan blog mesti terjumpa topik kontroversi 'Seksi Itu Adalah Hak Milik Saya', isu ini hingga melenyapkan kisah Sulu-Sabah. Hebatnya penangan cite yang sangat kontroversi ini...hihihi

Saya respect dengan keberanian Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan yang cukup berani. Baguslah ada orang seperti ini jangan ingat kita orang popular sukahati boleh buat apa. 




Dr. Har bercakap pada pendapat saya adalah atas dasar tanggungjawab dan amanah sebagai sesama kaum hawa dan tanggungjawab. Dia memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. 

Walaupun mendapat tentangan  dengan alasan yang diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.




Kalau kita seorang yang sentiasa muhasabah diri mesti menerima teguran dengan ikhlas kerana  mendahului hak yang diperintahkan oleh Allah SWT. Segala suruhanNya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia padaNya. Membelakangkan hak Allah, tidak mempedulikan suruhanNya adalah manusia yang mempunyai kesombongan yang luarbiasa!

Sebenarnya tubuh badan kita bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara. Di ulangi pinjaman sementara. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata. Kita hidup dalam kelompok masyarakat dan juga makhluk Allah yang perlu hidup secara  bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan sesama manusia untuk saling tegur menegur.

Kalau ibubapa sekarang boleh melakukan perkara yang kurang elok, bagaimana nak menegur dan memberi contoh terbaik kepada anak-anak kemudian hari? Saya kira teguran Dr Har itu untuk semua golongan yang perlu di perbetulkan. Hurmm! Kita pikir-pikirkanlah.

Nak lebih lanjut lagi klik BEAUTIFULNARA.

No comments:

Post a Comment