Selamat malam semua, moga dalam lindungan Allah hendakNya. Semalam tadi tak berkesempatan untuk menulis dalam blog ini kerana masih dalam mood penat. Malam nih badan dah segar kembali saya baru berpeluang nak menaip entri.
Alhamdulillah syukur Ya Allah ! Syukur yang teramat sangat sangat!!
Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan segala yang manis berlaku ke
atas kami.
Segalanya sudah selamat berlangsung. Selamat kami sekeluarga menghadiri Majlis konvokesyen anak perempuan. Di sebalik segala ujian dan penat lelah, yang sungguh kami hargai.
Segalanya sudah selamat berlangsung. Selamat kami sekeluarga menghadiri Majlis konvokesyen anak perempuan. Di sebalik segala ujian dan penat lelah, yang sungguh kami hargai.
Akhirnya majlis
konvokesyen berlangsung, saya, pak incik dan anak lelaki dapat menyaksikan anak perempuan melangkah
naik ke pentas gah itu. Walaupun ia berlangsung seketika cuma, namun saya cukup menghargai penat lelah dia sepanjang pengajian.
Terima
kasih kepada Allah. Kepada 'kakak' yang setia mendengar nasihat ibu, saudara mara, para
pensyarah, sahabat handai dan setiap individu yang telah membantu dan
menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan
sehingga anak saya tamat pengajian.
Dan
semoga perjalanan 'kakak' bakal menyambung pengajian lagi di tempat baru, mudah-mudahan dapat menjalani dengan baik dan penuh kemanisan hidup seorang student.
Sebagai seorang ibu hanya mampu memberi nasihat dan doa yang terbaik. Insyallah.
No comments:
Post a Comment