Nuffnang

Thursday, March 14, 2013

Menginap Di Kinabalu Pine Resort

Selamat malam semua. Salam sejahtera buat pembaca blog ini dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca travelog saya di Sabah. Terima kasih sekali lagi :)









Sebelum saya bercerita panjang lebar tentang perjalanan di daerah Ranau yang terletak di pekan Kundasang. Hah!  Selepas puas saya meronda di Mount Kinabalu Park sehingga terasa lenguhnya kaki terus keluar untuk lunch di Kundasang. Sebelum makan sempat meronda tempat orang menjual sayur2an. Sesekali terdengar suara Sumandak (anak dara) menyebut 'sayurrr! sayurrr! sayurrr!. Buat saya terasa gelihati dan jadi bahan ketawa kami...kikiki








Tengahari kami makan masakan panas sebab cuaca yang agak sejuk. Langsung saya tak sentuh minuman berais...sejuk wooo. Paling pelik sikap saya semasa di Sabah suka sangat makan kepak ayam panggang. Huh! Sedapnya. Setiap hari saya beli kepak ayam tak kiralah pagi, tengahari, petang atau malam...hihihi. Selesai makan terus menuju Kinabalu Pine Resort. 








 
Saya buat tempahan Kinabalu Pine Resort nih  awal sebulan sebelum tarikh saya berangkat ke Sabah, itu pun tinggal satu je bilik. Memang kena buat tempahan awal2, sebab hot jugaklah kiranya tempat nih. Takut penuh pulak nanti. Saya pilih Superior Room dengan rate RM286/nite termasuk dinner  & breakfast untuk 4 orang. Bagi saya harganya agak reasonable, kalau nak nak dibandingkan dengan tempat lain.








Untuk bilik yang kami tempah, saya dapat bilik di Block C, tingkat bawah tapi bagusnya Kinabalu Pine Resort tiangnya tinggi2 dan kereta boleh parking bawah rumah. Hurmmm! Idok ler macam rumah panjang...hihihi.  

Bilik yang kami dapat memang betul2 mengadap dengan Gunung Kinabalu. Kalau buka jer pintu berdiri di balkoni terus nampak puncak Gunung Kinabalu. Jadinya  Kinabalu Pine Resort adalah tempat paling sesuai untuk melihat keindahan gunung Kinabalu. 









Bagi saya, Kinabalu Pine Resort memang sangat cantik dengan pemandangan pokok pines yang tumbuh melata seperti berada di luar negara. Tambahan lagi dengan udara yang sangat sejuk. Bila berada di sini, kita seolah-olah berada di daerah yang sangat asing...hihihi. Bajet macam kat London kejap...miahaha tapi tak serupa...huhuhu

Pukul 5.00ptg je sudah terasa sejuk yang amat sangat, pastikan bawa baju sejuk dan stokin semasa menginap di Kinabalu Pine Resort. Cuba ambil peluang jalan-jalan kat sekeliling resort tapi tak boleh lama sebab cuaca sangat sejuk hingga ke tulang!









Dinner malam tuh di The Pines, di sediakan menu berbentuk ala-carte dimana kami dihidangkan makanan panas 1 jenis sup, 2 jenis lauk dan 2 jenis sayur, nasi putih dan chinese tea. Bila nak makan baru di hidangkan di table kami duduk. Memang berbaloi untuk kami berempat orang makan, cuma perlu tambah nasi putih sahaja yang dikenakan charge sebanyak RM1 untuk sepinggan nasi.

Selepas dinner kami pergi lagi di Mount Kinabalu Park lagi atas ajakan adik saya yang menetap di sana. Memandangkan tiket siang tadi untuk masuk masih boleh digunakan lagi. Ngeri juga sebab nak ngadap jalan yang agak tinggi dengan ketinggian 1000m...huhuhu. Insaf kejap...hehehe. Gayat sesekali terasa. Bila berada pada ketinggian 1000m sejuknya tak terkata, macam tahap beku. Bila bercakap mulut sentiasa berasap...hohoho. Malam tuh kat atas kami berempat je...huhuhu. Macam2 pikir tapi tak berani nak bersuara...hihihi. Takut sebenarnya tapi buat2 cool je..hihihi. Hanya nampak cahaya bulan yang bagi terangkan suasa di sekeliling dan nampak puncak gunung tapi malamkan so tak berapa nak jelaslah.

Malam tuh lepak kat balkoni depan bilik tengok gunung Kinabalu sambil makan mee hoon panas yang tak berapa nak panas. Kat sini makanan panas 5 minit dah sejuk...huhuhu. Walhal dah makan nasi malam tuh kat cafe The Pine tapi masing2 bila dah sejuk sangat jadi lapar balik..hihihi. Makan juga mee hoon yang dah sejuk dengan rasanya yang tak berapa nak mabeles macam terkulat2 nak telan...hihihi. Kesudahannya masing2 tak habis...hihihi

Masa nak tido set jam pukul 4.15pg sebab nak tengok puncak gunung Kinabalu. Alhamdulilah, memang rezeki saya. Subhnallah cantiknya gunung Kinabalu, jelas kelihatan. Saya nampak batu2 yang ada di puncak dan nampak pendaki2 yang excited sangat sampai ke puncak sibuk mengambil gambar...hihihi.

Ketika itu awan masih belum menutupi puncak gunung Kinabalu. Kalau dah bangun pukul 6, memang awan jer la yang nampak. Puaslah saya ngadap gunung Kinabalu tuh sehingga ianya hilang di litupi awan. Memang cantik ciptaan Allah Taala jadikan alam ini.








Sebelum checkout kami sarapan  di The Pines. Makanan yang disediakan simple sahaja pilihannya seperti mee hoon, mee hoon sup, bubur nasi, roti bakar, coco crunch dan ada beberapa lagi  tapi memang sedap sebab cuaca yang agak sejuk so kena makan makanan yang panas.




Ok ini cerita di Kinabalu Pine Resort, insyallah ada kelapangan saya akan sambung perjalanan saya di Sabah yang masih banyak lagi untuk di kongsi bersama pembaca blog saya. 



3 comments:

  1. Nama pun pine resort, boleh bayangkan tempat yang indah nyaman dan dingin.

    Agaknya, dengan keadaan Sabah sekarang, tak ramai orang berani nak ke sana dlm masa terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ok lagi kot AA kalau area Ranau nih tp pk 2-3 kali jgk kalu nak kesana...hihihi

      Delete
  2. kenapa ramai org tak berani ke sane? ada kejadian apa?

    ReplyDelete