Nuffnang

Friday, April 19, 2013

Mee Rebus @ Restoran Sup Tulang ZZ

Selamat malam semua, terima kasih membaca blog saya.

Sebelum ini, saya banyak kali mendengar mengenai  Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor. Johor memang terkenal dengan menu mee rebus ini. 




Mungkin ada pembaca rasa pelik sedikit dengan menu ini kerana ia sukar didengari di mana-mana tempat seperti di luar negeri Johor. Mee Rebus Tulang Terbaik di Johor adalah di Restoran Sup Tulang ZZ di Jalan Petri, Johor Bahru. Sedap dan pantas penyediaannya. 

Makan sekali, pasti akan datang kembali. Harga di restoran ini juga berpatutan yang diberikan. Sekiranya datang ke Johor Bahru, pasti ramai yang akan singgah ke Restoran ini kerana mahu menikmati Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor.





Restoran ini memang sudah popular di daerah Johor Bahru sehinggakan ada artis makan di restoran ini. Restoran ini berkonsepkan makan di bawah pokok bagi mendatangkan suasana seperti di kampung. Memang syok jika makan di lokasi seperti ini yang jauh dari kesibukkan bandaraya Johor Bahru. Di sini, pengunjung boleh memilih makan secara bersila atau duduk di  kerusi yang disediakan.

Bagi yang tidak suka makan mee rebus, anda boleh menikmati makanan lain seperti Sup Tulang, Sup Gear Box, Laksa Johor, makanan goreng-goreng dan macam-macam lagi. Jadi, kepada sesiapa yang mahu datang ke Johor Bahru, bolehlah singgah ke Restoran ini.

Semalam secara kebetulan bila tamat perbicaraan Pembahagian Pusaka kami adik beradik ingin mencari tempat makan yang sesuai. Adik saya mencadangkan makan di Restoran Sup Tulang ZZ dan akhirnya semua bersetuju. Pergilah berkonvoi 4 buah kereta. 



Opsssss! Kita bukannya pergi makan berdua-duaan di sana tapi sebaliknya beramai-ramai bersama ahli keluarga. Lepas nih ada tak sesiapa yang nak temankan kita makan  di Restoran Sup Tulang ZZ? Sila angkat tangan...huhuhu. 

Insyallah nak bawa anak-anak ke sana. Anak-anak keutamaan saya.  Aiyakkk! Touching tiba2...hukhukhuk. Nak makan  mee rebus gear box lagi. Uiiiiii! Sedapnya.


2 comments:

  1. Wooww..mmg tak pernah jumpa lagi mee rebus sup tulang area KL ni..semua mee rebus yg biasa jek..tgk pic ni..mmg nampak sedap...nyum..nyum..

    Kak CT, kalau JM tinggal area JB, JM org pertama angkat tangan nk teman Kak CT

    ReplyDelete
  2. balik JB nanti bg tau akk ya..kita sembang2 & makan2 sama...:)

    ReplyDelete