Nuffnang

Thursday, April 25, 2013

Resepi Beef Grill & Sate Sosej Cheese

Selamat petang semua dan terima kasih pembaca blog saya. Luv u....wutttt2.

Petang ini saya gantung periuk belanga, kuali, senduk, sudip, mangkuk hayun dan segala mak nenek semua yang berada di dapur. Sesekali best uols tak masak tapi jangan amalkan selalu, masak sendiri lagi baik, ikut citarasa sendiri dan dapat menu yang sihat. Menyihatkan tuh yang penting. Atas pelawaan pak incik malam ini kami makan di luar tapi tak tahu di mana lokasinya...huhuhu

Atas permintaan blogger adik manis si  JARIMANIS  yang mahukan resepi Beef Grill dan Sate Sosej Cheese akan saya tunaikan. Harap lepas nih dia kena masak untuk jamu kita semua kan...hahaha. Oklah sampai pagi kalau layan aku punya celoteh tak abis2...huhuhu




BEEF GRILL

Bahan-bahannya :

Kepingan daging - 4 keping
Bawang putih - 6 ulas
Halia - 1 inci
Ketumbar - 1 sudu
Jintan Manis -  1 sudu
Madu - 3 sudu
Serbuk kunyit - 1 sudu
Black paper
Sos Tiram - 1 sudu
Garam
Minyak
Baby karot
Tomato ceri
Bronkoli

Caranya :

Bawang putih, Halia, Ketumbar Jintan Manis dan serbuk kunyit kisar sehingga halus. Tuangkan ke atas kepingan daging dan masukkan Black paper, Sos Tiram, Madu dan Garam. Gaul sehingga rata. Perapkan dalam 1 jam.

Bila hendak bakar, oleskan minyak pada tray pembakar dengan minyak dan bubuh sedikit atas kepingan daging. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180'C. Depends pada oven masing-masing. Semasa tempoh masa membakar 25 minit keluarkan  dan letak Baby Karot, tomato ceri dan bronkoli.

Nota - Kepingan daging yang sudah di perap boleh juga di simpan dalam fridge dan di bakar bila2 masa. rasanya lagi sedap sebab rempah ratus sudah meresap ke dalam.




SATE SOSEJ CHEESE

Bahan-bahannya :

Sosej - 4 batang
Lada Capcicum - 1/2 biji
Bronkoli -1/4 biji
Lidi penyucuk
Cheese peket - 2 keping

Caranya :

Sosej sebatang potong jadikan 4 bahagian, lada capcicum potong bentuk 4 segi agak sebesar bila di cucuk dgn sosej dan bronkoli juga di potong mengikut kesesuaian.

Cucukkan sosej, lada capcicum dan bronkoli secara berselang seli. Kemudian cheese 4 segi di potong kepada 3 bahagian. Susun cheese di atas sate, saya guna 2 kepingan cheese yang sudah di potong.

Masukkan dalam oven dengan suhu 180'C dan bakar selama 15 minit. Sesuai di makan dengan cili sos.


2 comments:

  1. hoyeee hoyeee terima kaih kak CT...muaachh..muaahh...syg kak CT coz sudi bg resipi in..

    Hujung mggu nanti JM try heeee hoyee

    ReplyDelete
  2. aiyakkkk...gembiralah sgt...20sen...hahaha

    ReplyDelete