Nuffnang

Tuesday, May 21, 2013

Ambil Pemakanan Sihat

Salam untuk semua pembaca blog saya. Sihatkah kamooo? Harap semuanya siaht dan dapat menjaga dan mengambil pemakanan yang sihat.

Apa yang terjadi sebulan yang lepas menjadikan satu tamparan hebat buat diri saya. Saya dapati buku lali saya bengkak dan terasa sakit yang amat sangat. Hasil pemeriksaan doktor urik asid dalam darah saya 421 umol/l bagi setiap orang normal sepatutnya 149-450 umol/l. Kalau kategori wanita sudah agak tinggi sedikit....hohoho

Saya terus google kesan dan akibat apabila urik asid yang terlalu tinggi. Ini berpunca paras uric acid tinggi di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah tetap kekal normal sekiranya tiada  faktor keturunan. 

Kesan sampingan apabila seseorang urik asid tinggi mudah terkena  penyakit gout dan batu karang dalam saluran kencing.Ya Allah, berdebar-debar saya membacanya, siapa lagi yang patut saya minta pertolongan? Mestilah diri sendiri dan Allah.



                 
Selama ini saya agak kurang menjaga kualiti pemakanan....huhuhu. Sedih betul bila pikir masalah nih...sobsosbsob. Sekarang saya cuba belajar mengelakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam dan bunga kobis.

Di inasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman bergas dan minum air banyak. Insyallah saya sedaya upaya dalam proses mengubah corak pemakanan yang terbaik.

Seseorang yang paras urik acidnya tinggi biasanya perlu mengambil ubat allopurinol atau colchicine untuk jangka masa panjang di mana dos ubat diubahsuai mengikut ujian darah. Oleh itu, pesakit perlulah diuji darah untuk uric acid secara berkala / follow up. Tapi belum tahap mengambil ubat-ubatan kerana cuba menjaga pemakanan sihat.




Jadinya sekarang saya amalkan balanced diet ada karbohidrat, protein dan lemak. Bagi saya mula-mula agak susah tapi sayangilah diri sendiri itulah sebai-baik perbuatan.

Amalkanlah diet yang membolehkan kita semua tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa berpanjangan. Insyallah

Terima kasih Sarah yang merupakan coach nutrisi pemakanan sihat, yang sentiasa memantau cara pemakanan saya.

No comments:

Post a Comment