Nuffnang

Thursday, May 16, 2013

Asam Pedas Mak Usu @ Parit Bunga

Selamat malam semua. Alhamdulilah saya dah sampai Johor Bahru, sejak malam tadi berada di Muar kerana menguruskan hal2 peribadi sebelah pak incik.




Dalam masa proses menguruskan segala hal sempat makan tengahari di  Asam Pedas Mak Usu yang sangat mabeles terletak di Parit Bunga. 

Malam nih try mengoogle Asam Pedas Mak Usu, perghhhh banyak maklumat yang kita boleh perolehi so memang terkenal tempat makan nih. Deretan kereta yang parking sepanjang jalan sudah cukup menunjukkan betapa ramai pengunjung yang makan di situ.

Really memang sedap, kita makan asam pedas kepala ikan senangin dan ulam-ulaman serta nasi segenggam...hihihi. Mak mentua saya tegur, kenapa nasi sikit? Senyum tapi tak jawab apa2....kikiki. Bukan nak diet tapi nak belajar makan menu yang sihat. Dia tak perasan agaknya, menantu dia nih dah macam kambing ambil sayur bukan main banyak, ada jantung pisang celur, daun selom dan daun tenggek burung cicah sambal belacan. Sedap hingga hingga menilat jari, mak mentua duduk sebelah pun dah tak berapa nak nampak...hahaha. Dok mengunyah ulam-ulaman dan meratah kepala ikan...hahaha. Buruk perangai, sampai penat rahang mak Jemah mengunyah nak....hahaha




Bagi yang ke Muar  atau melalui area Parit Bunga bolehlah singgah Asam Pedas Mak Usu, sure hati berbunga-bunga untuk kesana maklumlah menuju parittttt bunga...hahaha. Jangan kecit hatilah ya orang Muo, kita bergurau senda je...huhuhu


3 comments:

  1. Uih..nampak menarik dan sedap asma pedas tu..setahu JM dorang kata Asam Pedas Melaka pun sedap..rupanya di Parit Bunga pun ada..mesti try nih..

    Apa? daun tenggek burung..festime dgr nih hihih

    ReplyDelete
  2. JM....owhhh mmg sedap, daun tenggek burung..ala temnpat burung bertenggek tuh...hahaha

    Tu dia rupanya klik sini http://khaziminrazali.blogspot.com/2009/07/daun-tenggek-burung-dimajlis.html

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Fitri (kalau belum terlambat),
    Cakap pasal asam pedas dengan ulaman ni memang buat mulut kecir.
    Cuma nak kongsi sikit pandangan pasal kedai/ restoren asam pedas di bumi Malaysia ini.
    1. Mana2 yang dah well-established tu mintak kekalkan kualiti outlet anda dan makanannya.
    2. Layananan pekerja termasuklah sahsiah mereka perlu dijaga dan ditingkatkan kualitinya.
    3. 'Rege'nya pun kena lah berpatutan.
    Sekian untyuk kali ini ... akan kongsi beberapa perkara berkaitah kedai/restoren asam pedas dilain masa. InSYA Allah.

    Anak Johor Perantau

    ReplyDelete