Nuffnang

Thursday, May 9, 2013

Bengkak Buku Lali

Salam untuk semua pembaca blog saya, sihat hendaknya semua.

Dah hampir 12 hari ubat-ubatan ini bersama saya. Saya dapat khidmat nasihat dan ubat-ubat tersebut dari Klinik Penawar. Pergi keklinik pun bersendirian jadinya tak perlu berkongsi cerita dengan sesiapa. 

Makan ubat bila keadaan memerlukan sebab saya bukan spesis yang suka bergantung dengan ubat-ubatan....huhuhu. Hari ini aku perlukan balik ubat-ubat tersebut sebab bengkak balik dan harap lepas ini bengkak pada buku lali aku beransur pulih. Terus meninggalkan tanpa terhegeh-hegeh nak datang balik kat kaki aku nih. Sakit woooo kalau tengah bengkak.





Sepanjang aku rasa sakit nih banyak kali aku menahan kesakitan dan memikirkan  apakah yang sedang berlaku keatas kaki aku ini. Dalam rasa sakit nih kalau luah pun macam bercakap seorang diri. Jadinya reset minda dengan doktor orang yang boleh mendengar luahan kesakitan kita dan dengan Allah tempat minta pertolongan. Betulkan? Itulah sebaik-sebaik perbuatan, sayangilah diri sendiri.

Kesakitan ini telah mendidik diri bahawa kuasa penyembuhan penyakit bukanlah ditangan doktor mahupun ubat-ubatan, tetapi semua ditangan Allah. Penting sekali sejauh mana kesabaran dan sejauh mana usaha aku mencari penawar untuk menyembuhkan diriku sendiri. Insyallah!

Kadangkala pengalaman mengajar betapa begitu sangat berharga supaya kita mendidik diri dengan pemakanan yang sihat merupakan rahmat yang sebenar-benarnya dari Allah swt dan sentiasa bersyukur kepadaNya.

Moga ubat-ubatan ini tidak akan bersama saya selamanya :)


2 comments:

  1. Kak CT krnapa dgn buku lali tu terseliuh ke jatuh ke adus nampak sakit nya, boleh berjln x, kiranya cuti x g kerja lah ni. Adus byk lsk soklan heeeee

    Dh try sapu minyak angin lom klau bengkak tu mcm dh masuk angin. JM doakan semoga cepat sembuh tau aminnnn

    ReplyDelete
  2. JM~ Tgh menahan kesakitan sejak kebelakangan nih...huhuhuhu. Rasanya akk selama nih x bape amik pduli bila terjatuh dan sebagainya...kesannya skrg. Still keja mcm biasa...hihihihi. Tima kasih krn prihatin....huhuhuhu. Sakit & bisa rasanya...:)

    ReplyDelete