Nuffnang

Tuesday, May 7, 2013

PASCA PRU13 @ 2013

Selamat malam semua dan terima kasih pembaca blog saya.

Firstly, Alhamdulillah. Barisan Nasional telah diberi mandat untuk terus mentadbir negara. Kini tiba masanya kita ketepikan perbezaan politik dan bersatu untuk maju bersama demi Malaysia yang tercinta. Inilah kata-kata yang saya pinjam dari mulut seorang Perdana Menteri Malaysia.





Bukan disebabkan saya rasa seronok kerana menang atau susah hati kerana kalah dalam PRU13 kali ini. Menang dan kalah adat bertanding serta ketentuan Allah. Siapa yang bertanding tak mahukan kemenangan.
Antaranya saya mengambil masa meneliti kebanyakan tulisan-tulisan berkaitan politik masih di tahap “low class” ibarat “teruna kampung baru nak galak!” baik semasa berkempen ataupun sesudah pilihanraya berakhir.
 

Saya perhatikan tulisan-tulisan masih di tahap yang sama, ada kalangan mereka berpendidikan tinggi hingga peringkat doktor falsafah tetapi idea dan tulisannya tidak melambangkan tahap pendidikannya. Sepatutnya orang-orang beginilah kita harapkan untuk menumpang ilmu dan buah fikirannya bagi menyatukan ummah serta menaikkan martabat agama dan bangsa. Sebaliknya orang-orang begini lebih teruk dari budak-budak tahap darjah enam!
Bila semua ini berterusan, bermakna tahap kefahaman dan permainan politik masih tidak berubah tanpa menginsafi bahawa nasib dan maruah bangsa akan merudum ke tahap lebih rendah mungkin sebelum kita pergi menemui Ilahi! Sedih bila tengok ada segelintir masyarakat yang masih di takuk lama.
 


Kita seharusnya mengambil iktibar dari situasi terkini serta berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian, bukannya terus sabotaj mana-mana pihak. Kita tentunya akan diseranah oleh generasi akan datang jika nasib dan kehidupan mereka terhimpit serta tertindas akibat dari apa yang kita lakukan hari ini. Percayalah!
Takkan Melayu hilang di dunia! Jom bersihkan hati celik hati reset minda dan betulkan akidah, perbaiki ibadah dan indahkan akhlak sesama Islamiah. Harus bersyukur atas nikmat iman dan katakan selamat tinggal kepada kejahilan, kedegilan, alasan, dan hiburan tahap melampau. Semoga kita  mendapat rahmat Allah dengan ketaatan kita. Sebarkan kasih sayang dan kesyukuran.

2 comments:

  1. Ah JM suka statement yg last tu coz selalu dgr dr mulut prof muhaya heeeee

    Wh gamabar2 kak CT nampak sporting patutlah awek muda sweet jea

    ReplyDelete
  2. Hambooooiiii nko punya statement JM. Akak muda? hahaha. Really dah tua, anak2 dah remaja semua cuma bila diri kita rasa gembira jadi dalaman dan luaran menunjukkan segalanya.

    ReplyDelete