Nuffnang

Saturday, May 4, 2013

PRU13 : Selamat Mengundi

Uwaaaaa! Pagi ini saya dapat bersiaran selepas rasa kehampaan ke Setia Tropika. Perancangan untuk hari ini ingin memperbaharui kad pengenalan, sampai pintu utama pak guard dah terpacak cakap tutup...huhuhu. Apa nak tunggu lagi buat lain kalilah....kikiki. Apapun nak ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog saya. 




Pejam celik, pejam celik uwaaaa demam PRU13 sudah pun sampai harinya. Esok kita sebagai warganegara Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan undian yang kita semua rasakan sesuai. Undi itu rahsia tapi kita sebagai warganegara berhak memilih wakil pemimpin negara yang kita rasakan sesuai memimpin baik dari segi agama, kepimpinan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Kita hidup dari hari sehari, pada hari ini kita amat bersyukur kerana semalam sudah berlalu dengan baik dan hari ini kita masih boleh menikmati kehidupan. Patutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Alhamdulilah! 

Sedikit petikan petikan pantun buat tatapan warga Johor, hasil nukilan Allahyarham Usman Awang yang menyelami sifat-sifat orang Johor dalam sajaknya. Renung-renungkan dan amati apa yang ingin di sampaikan oleh Allahyarham.

Kurang ajarnya tetap santun
Lembutnya cukup jantan
Dajalnya masih selamba
Nakalnya bersulam jenaka
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan Melonjak


Al Fatihah buat Allahyarham  Usman Awang.

Demam pilihanraya PRU13 kali ini kadangkala buat telinga saya sakit, maksud saya bukan bermakna nak berlawan cakap pasal politik tapi penat nak mendengar orang bertelagah....hihihi. Kadang-kadang macam nak cakap excuse me, boleh sembang jauh sikit tak? Telinga mak macam dah nak bernanah...hahaha. Tak kisahlah korang nak berpihak pada parti cap kunci ker, parti cap beruk ker dan bermacam-macam cap parti aku peduli apa kan. Mak tak kisah nak tapi mak tetap nak mengundi tapi biarlah rahsia dengan tag line 'Lain kalilah'....hahaha

Bagi penduduk yang tinggal area macam saya memang merasai kemeriahannya pilihanraya kali ini. Saingan amat sengit bagaikan gelombang tsunami. Banyak andaian dan mungkin itu juga andaian kebanyakkan orang. Bagi saya itu semua sekadar perang psikologi untuk melihat kekuatan mentaliti parti lain.

Apapun tunaikan tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi esok hari. Selamat mengundi dan pastikan jari telunjuk kita di inaikan ya....hihihi

1 comment:

  1. Jom mengundi dan rasa berdebar pulak nk tggu keputusan hasil undi tu :-)

    ReplyDelete