Nuffnang

Friday, June 14, 2013

Senja Di Siam Nakarin Complex @ Hatyai, Thailand

Salam untuk semua pembaca blog saya, terima kasih banyak kerana sudi membaca entri-entri dalam blog ini. Masih lagi dengan cerita di negara Thailand yang saya kunjungi pada 30 Mei sehingga 3 Jun 2013. 

Alhamdulilah pergi dan balik dengan selamat. Terima kasih Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang halal untuk saya kemana-mana destinasi di dalam dunia ini, moga saya jadi hambaNya yang tidak pernah lalai dan sentiasa patuh dengan suruhanNya dan tidak diuji dengan perkara-perkara diluar kemampuan saya. Insyalah!






Masih bercerita travelog saya di daerah Hatyai tapi kali ini kunjungan saya berempat ke Siam Nakarin Complex yang sangat mengujakan dengan ciri-ciri keunikan bangunannya menarik perhatian saya. Wow! Cantik macam masjid pun ada.

Siam Nakarin Complex merupakan pusat membelibelah yang terletak di bandar Hatyai. Ianya menjadi tumpuan pelancong yang datang dan penduduk tempatan.









Dari tempat penginapan kami, Hotel President memang tidak jauh. Saya sekadar berjalan kaki dan bersantai-santai sambil melihat keindahan sekeliling untuk sampai ke Siam Nakarin Complex. 

Kemudahan Tuk-Tuk juga ada disediakan tapi memandangkan ianya terlalu dekat saya memilih untuk menapak kesana sambil boleh mengambil gambar keindahan sepanjang jalan yang saya lalui. Hasilnya banyak saya upload dalam entri ini...hihihi









Bagi yang mahukan info lanjut tentang Siam Nakarin Complex bolehlah melayari di SIAM NAKARIN bolehlah mendengar wanita sana bercakap Thailand...hahaha. Dengar baik-baik ya, sila pahamkan...hahaha.

Dah paham bolehlah shopping laju-laju sampai boleh beli sekali bangunan Siam Nakarin ya kawan-kawan...hahaha.



 






Bila dah sampai senang-senang saya pun search tentang letupan bom di Hatyai. Kawasan yang saya lalui itu adalah antaranya kawasan yang di bom...huhuhu. Patutlah semua tiang letrik dia ada CCTV dan penduduk dia tiada yang berjalan kaki ke sana kemari. Mereka takut agaknya kejadian yang menimpa sebelum ini.

Alhamdulilah, saya bersyukur tiada apa-apa perkara buruk semasa berada di sana. Selamat semuanya.







Bagi yang nak mencari segala mak nenek di Siam Nakarin memang segala keperluan ada disediakan di sana yang penting sediakan berjuta-juta duit Bath...hihihi.

Begitu juga dengan makanan halal tapi bila tengok tulisan Siam terus lupakan segalanya...hihihi. Maklumlah saya tak pernah pergi sekolah Siam...hihihi. Kadang-kadang komunikasi saya dan orang sana dah macam ayam-itik, mereka tidak paham bahasa inggeris jadinya bahasa isyarat tangan menjadi perbualan kami. Kadang-kadang tuh guna angguk-angguk, geleng-geleng. Lawak jugakkan...hihihi







Puas meronda dalam Siam Nakarin Complex. Jeling-jeling jugak cari fridge magnet tapi tak jumpalah...huhuhu

Bila kaki dah penat menapak balik kami naik Tuk-Tuk dengan dikenakan bayaran 20 Bath seorang bersamaan RM 2.00. Murahkan! Laju je kami duduk di belakang...hahaha. Pengalaman cukup berharga semasa naik Tuk-Tuk...hahaha.


No comments:

Post a Comment