Nuffnang

Wednesday, July 10, 2013

Kuih Koci Labu Pembuka Ramadhan 2013

Salam untuk semua dan selamat menyambut buan Ramadhan yang mulia. Cerita pagi ini motifnya bukan nak makan ya...hihihi. Kesinambungan cerita hujung minggu yang lepas, saya masak kuih koci labu dari airtangan sendiri. Rajin mak Jemah, hah itu tengah mood rajin ya...huhuhu

Dapat juga saya agih-agihkan kepada beberapa rumah untuk adik ipar, kakak, abah dan biras. So far semua cakap sedap. Ayat perasaan untuk diri sendiri tapi lom tahap riakkan...hahaha



Malam tadi sebelum solat isayk dan terawih kita buat inti kuih koci labu lagi. Banyak sikit kali ini tajuknya nak berbuka puasa dekat rumah abah. Jadinya ada perhimpunan raksaksa berbuka puasa bersama takut tak cukup kang nanti...hihihi. Kuarlah aku punya sikap tamak...huaaaa. 

2 hari lepas kita singgah rumah abah sebelum kami keluar shopping bersama. Abah hulur buah labu lagi, dia cakap buat tambah-tambah. Walaupun dia tak paksa saya buat kuih koci labu tapi sebagai anak lebih tahu isi hati dan permintaannya....huhuhu. Dont worry! Abahku sayang, anak abah nih mesti buatkan. Tambah pak incik dan anak-anak saya pun buat permintaan nak makan kuih koci labu...huhuhu.

Inilah saya, puji diri sendiri lagik...hahaha. Eppy bila masak sesuatu orang suka makan, walhal saya makan tak seberapa pun...huhuhu. Seronok2, esok kalau kalau kita dah tak ada di muka bumi ini biar menjadi kenangan untuk mereka. Especially suami saya, biar dia boleh nilai saya di matanya sepanjang saya masih hidup bersamanya...huhuhu. 



Yelah, manusia nih kadang-kadang sukar menilai orang lain semasa hidupnya tapi bila dah tak ada baru nak di sebut-sebut. Dah terlambat masa tuh. Eh! Lari topik lak, xpe kan campur sikit cite ustaz dari radio IKIM sekadar berpesan untuk semua...huhuhu

Kejap lagi dalam pukul 11.30 saya nak balik rumah abahku sayang...huhuhu. Eksenlah sikit orang ada abahkan. Kita nak buat kuih koci labu beramai-ramai, biar anak-anak buah tolong sama-sama. Berkat tolong menolong nih selain dapat ilmu yang baik-baik. Masak macam-macam menu nanti lepas tuh makan ramai-ramai. Bestnya!

Untuk adik-adik saya yang tinggal jauh dan memerlukan tiket flight untuk balik korang baca je lah blog ini ya...muehehehe. Telan sikit air liur tengok kuih koci kami, nanti kita call guna video ya. Rindu jugaklah kat 2 family adik-adik saya yang duduk jauh sinun tuh...huhuhu. Jangan risau raya kita semua jumpa eh...huhuhu

Untuk pembaca blog saya sekali lagi Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah dengan sempurna.

4 comments: