Nuffnang

Tuesday, November 12, 2013

Family Day Bayou Lagoon Park Resort, Melaka


Haiiii, pembaca blog saya semua. Terima kasih sudi ke sini. Ingat pesan anak dara saya, 'Ibu kena rajin menulis untuk ihatkan minda'. Walaupun nampak berhabuk tapi rasa sayang tetap ada untuk terus menulis dalam blog ini...huhuhu










Baru je hilang rasa penat melanda diri. Kita join family day pejabat di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Menginaplah di sana 2H1M di sana.








Ikut perancangan pergi bawa suami dan 2 orang anak tapi perancangan sudah lari...hihihihi. Tak apalah bukan rezeki anak2. Mereka ada komitmen yang tak boleh dielakkan sebagai student. Jadinya saya dan pak incik haneymoon ya...hahhaha. Terima kasih urusetia macam tahu2 je wedding anniversary kami yang baru lepaskan. Macam tau je! Macam tau je! hahaha 

Checkin pukul 3.00ptg dan kami dapat bilik no. 5-2 yang terletak di aras 5. Penginapan di sini berbentuk apartmen so jangan risau memang agak selesa. Nak ke sini? Masuk ikut tol Ayer Keroh dan terus ke Bukit Katil. Pusing2, confirm jumpa punyalah.

Saya ingin berkongsi pengalaman semasa di sana tambah tempatnya masih agak baru dan menarik bagi yang berkeluargaboleh bawa anak2 sure mereka gembira. Boleh juga layari di sini  Bayou Lagoon Park Resort, Melaka









Apa yang menarik kat Bayou Lagoon Park Resort, bilik dia macam apartmen. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan & 2 bilik mandi. Makanan untuk breakfast, lunch dan dinner pun sedap. Totally saya bag 4.5 bintang.

Nak lagi best, ada water theme park kat sini. Turun je lif ke lobi, jalan ke belakang bangunan, terus boleh main air.  Tak caya, cer tengok gambar-gambar yang saya upload ya.





So kalau korang bercadang nak bercuti kat Melaka, saya sokong supaya korang ke Bayou Lagoon Park Resort ni. Tapi pandai-pandai laa cari sebab kejap lagi musim cuti sekolahkan. Semalam pun dah nampaknya bilik macam full. Tempat nih jadi tumpuan jabatan2 kerajaan dan IPTA berkursus. Kalau tengok bulan Januari 2014 setiap bilik dah full booked dari sektor swasta...huhuhu. Dahsyat syarikat swasta nih buat kursus sampai sebulan....hahaha
 






Bagi yang nak ke sana eppy holiday. Mandi puas2, gelongsor puas2 dan paling penting makan puas2 masakan chicken lemonnya...hahaha. Arghhh! Tekak nak makan chicken lemon lagi...huhuhu.

2 comments:

  1. Assalam.... menarik, jazakillah di atas perkongsian maklumat ini...

    ReplyDelete
  2. As salam. .boleh try ni..nmpk cam best jer..

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete