Nuffnang

Friday, November 22, 2013

Nur Safiyya

 Salam untuk semua pembaca blog ini. Terima kasih semua.

Ok sebenarnya saya update entri nih sementara menunggu kepulangan pak incik. Entri nih dah  berada dalam draft sejak 17 November 2013, minggu lepas punya draft, tapi layankan jelah, malas nak edit balik....hihihi. Ok kan? ...huhuhu

Waktu-waktu macam nih sepatutnya dah tido, tapi sebab mata tak boleh nak pejam lagi. Tadi bz sikit packing barang customer. Sekarang nih waktu tak menentu. Blog seperti dianak tirikan...huhuhu. Kecit hati blog aku.





Hari ini, tergerak hati hendak berkongsi pengalaman yang cukup indah untuk saya kongsi bersama pembaca semua. Pengalaman mendekati Rumah Kebajikan Masyarakat. Inilah pengalaman, yang mungkin tidak tersurat di dalam hati kecil ini tapi Allah beri peluang ini kepada saya. Saya insan yang terpilih olehNya. Subhanallah.

Membuat keputusan mengambil anak angkat bukanlah suatu keputusan yang mudah dilakukan oleh mana-mana pasangan. Terlalu banyak perkara yang difikirkan, lebih-lebih lagi oleh orang kita. Banyak sangat ceritanya sehingga akhirnya menutup segala jalan ke arah mengambil anak angkat. Antara 'ayat-ayat berbisa' yang mungkin perlu dihadap.
 





Pandangan negatif jangan di kira, macam-macam tohmahan. "Eh, ko tak takut ke nanti ada masalah muhrim bila anak tu dah besar? Ko nak kena jaga aurat kat dalam rumah... Berdosa!" Lebih hina lagi ada yang berani menyebut "Buat apa susah-susah nak bela anak h***m?". Saya pantang betul orang sebut gelaran tu. 

Siapa kita nak jadikan anak yang suci tu, haram? Ada juga yang cakap camni  Toksah la nak ambik anak angkat. Kalau dia ada penyakit, kan ke menyusahkan ko nanti. Tak payah lah fikir tentang anak berpenyakit. Sedangkan anak kandung pun boleh ditimpa sakit, sebagai ujian dari Allah.







Alhamdulillah, Allah telah kuatkan semangatku  untuk menemankan adik lelaki sebelah pak incik meneruskan hasratnya untuk mengambil anak angkat. Mungkin Allah nak saya lihat sendiri apa yang di lalui anak-anak ini di Rumah Kebajikan Masyarakat Kuala Kangsar, Perak. 

Cukup menyentuh perasaan sehingga hari ini. Kalau kita merasakan kekurangan dalam diri, anak-anak yang tidak berdosa itu lebih darinya. Tiada kasih sayang dari insan bergelar ibu dan bapa. Sedih! Menaip entri nih.






Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Ya Allah, sesungguhnya sesuatu yang tak dijangka, moga Allah luaskan rezeki yang melimpah ruah untuk adik ipar saya sekeluarga.

Alhamdulillah, Allah telah memenuhkan dan menemukan kami dengan kasih sayang, dan gelak tangis insan bernama Nur Safiyya yang boleh membahagiakan kami. Syukur Ya Allah.






Alhamdulillah, tujuan saya berkongsi kisah ini, adalah agar sesiapa yang membaca coretan ini, yang mungkin sedang mempertimbangkan keputusan ini, dapat membuat keputusan yang terbaik. 

Janganlah dibiarkan kata-kata nista daripada orang lain membuatkan kita memilih untuk tidak merasa bahagia. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Saya habiskan petang jumaat 15 November 2013 dengan melihat wajah comelnya, insan bernama Nur Safiyya dan kami terus bawanya pulang ke hotel sebelum bertolak balik ke Johor Bahru keesokkannya. 

Bermulalah kami pelihara dia sepenuh kasih sayang. Nur Safiyya mak long sayang kamu. Belajar rajin-rajin, bela nasib diri dan moga berjaya dunia dan akhirat. 

Nur Safiyya mak long sayang kamu!
 

2 comments:

  1. mereka insan kecil yang terpilih...comelnya

    ReplyDelete
  2. aah Qhaifa Nur...Nur safiyya nih bb yg cumil kacukan warga negara timur tengah...

    ReplyDelete