Salam buat pembaca blog saya dan entri ini khusus untuk mangsa banjir yang melanda baru-baru ini.
Saya perlu banyak belajar bagaimana orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemuiNya. Begitu juga apabila rumah ranap di landa banjir, jangan
menangis. Kerana segalanya datang dari Allah kepadaNya ia kembali.
Harta dunia ini hanya pinjaman semata dariNya. Tiada satu barang pun yang akan kita bawa ketika mengadapnya kecuali 3 perkara. Anak soleh yang mendokan kedua ibubapa, Ilmu yang dipergunakan orang lain dan Bersedekah.
Aku cuba memujuk hati agar tidak mengalirkan
air mata ketika tiap kali membaca tentang mangsa banjir tapi aku gagal
menyeka air yang
telah lama bertakung di kelopak mata. Ia mengalir jua. Aku selalu
mengingatkan anak-anak selalu kena banyak bersyukur. Biarpun tak semewah
mana tapi cukup untuk kami makan minum, punya pengangkutan untuk
bergerak dan kalau ada wang lebih boleh bercuti kesana kemari.
Semua orang akan menenuiNya dan tiada pun yang terkecuali. Samada mereka
pulang dalam keadaan sakit yang menjadi penyebab atau dalam keadaan
sihat. Ajal itu tetap. Hanya kita yang tidak tahu bilakah harinya,
tarikhnya, detik waktunya dan tempatnya.
Begitu juga sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kehidupan.
Begitu juga sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kehidupan.
Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun saya
kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan ini. Sedih melihat kemusnahan akibat banjir dan keadaan menimpa mangsa sebab
saya tidak ada banyak wang untuk diberikan kepada mereka.
Alhamdulillah perancangan aku untuk membantu mangsa banjir terlaksana biarpun sebesar zarah dan berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu ini.
Sebagai hamba Allah, saya mendoakan mangsa-mangsa banjir beroleh keberkatan hidup. Terimalah ujian ini sebagai satu hikmah yang tersembunyi. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Dia Maha Kaya dengan anugerah yang tidak pernah putus diberikan kepada hambaNya. Cuma percaturanNya berbeza-beza mengikut kehendakNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
No comments:
Post a Comment