Nuffnang

Friday, December 20, 2013

Jangan Salahkan Orang Lain, Salahkan Diri Sendiri

Pejam celik! Pejam celik! Esok dah hari jumaat, maka lepas tu jumpa hari sabtu. Wah! Aku dah boleh merehatkan diri lagi tajuknya...hihihi. 

Malam nih nak share satu artikel yang di tulis oleh Prof. Dr. Rozieta Shaary yang cukup bermotivasi. Baca dan pahamkan apa yang dia sampaikan untuk kebaikan kita semua. Kalau yang rasa tersentap cepat-cepat kembali kepangkal jalan. Tak payah nak mencebikkan bibir aku dan Prof. Dr. Rozieta Shaary pun tak nampakkan...huhuhu






Kadang-kadang masalah yang datang kerana kita memintanya melalui percakapan kita, perbuatan kita dan pemikiran kita.

Contohnya, kalau bercinta dengan suami orang atau isteri orang, janda atau wanita single yang tergila-gilakan suami orang maka jangan pula memarahi tuhan sekiranya masalah datang melanda. Itu semua yang berlaku atas kehendak diri sendiri. Berani buat, berani tanggung...huhuhu

Atau jika anak dibiar tidak dididik dengan baik, jangan pula memarahi nasib, bila anak tidak menghormati ibu bapa.

Namun, jika setelah didik dan dikasihi dengan baik, tapi perangai anak menyentap jiwa, ketahuilah sebenarnya anda sedang diduga mungkin juga balasan atas perbuatan masa lampau. Perbanyakkan beristighfar.

Sekian perkongsian untuk malam ini. Daaa! Renung-renungkan dan selamat beramal.


2 comments: