Salam untuk semua pembaca blog saya.
Jom kali ini kita terbang ke New Zealand...hihihihi. Saya nak share mengenai UK Farm Resort yang terletak di Kluang, Johor. Sebenarnya tempat nih pun saya belum lagi sampai tapi macam best je, macam best je...hihihihi
Insyallah nanti sekiranya ada cuti umum atau weekend saya nak pergi satu family kesana. Seronok2 dan bajet perasan berada di New Zealand....hahahha
Nampaknya
tempat tuh agak besar dan ada disediakan bas mini untuk
melihat keindahan kawasan tersebut. Menyerupai Mini Zoo sebabnya ada
haiwan ternakan dan dimaklumkan ada beberapa binatang seperti kambing, lembu, kuda,
burung, dan monyet. Seronoknya ada perkampungan orang asli contoh rumah
atas pokok dan boleh menyumpit.
Tempat ini memang sesuai untuk photographer banyak yang boleh di abadikan di sini sebab viewnya yang sangat cantik.
Saya memang suka pergi tempat sebegini tapi kalau dah cuaca
panas terpaksa kena korban...hahaha.
Bagi yang ingin berkunjung ke UK Farm Resort dari
tepi jalan, ada banyak signboard UK Farm. So jangan risau, tak sesat
punya walaupun korang tak pernah sampai ke Johor. Sesampai je korang kat
pintu pak guard, maka bermulalah journey di UK Farm.
Kalau
ada
yang berminat boleh je nak susukan anak kambing ni. Dengan harga RM3.00 untuk sebotol
susu. Saya percaya kambing-kambing nih gelojoh belaka semasa
menyusu...hihihihi.
Jualan produk berasaskan susu juga banyak di jual di
sana termasuk menyaksikan aktiviti memerah susu kambing. Tester
susu
kambing pun diberi kepada para pelancong. Sedap tuh...hihihihi
Cuti persekolahan ini bolehlah ibubapa bawa anak-anak amik feel seolah berada di New Zealand dengan
ratusan bebiri, layan keletah burung unta, ada dusun buah, restoran
fresh dari ladang.
Bagi yang datang dari jauh UK Farm Resort ada menyediakan chalet. Chalet dalam ladang! Warga Singapore ramai yang bermalam di situ.
Bagi yang datang dari jauh UK Farm Resort ada menyediakan chalet. Chalet dalam ladang! Warga Singapore ramai yang bermalam di situ.
Untuk info lanjut, klik UK Farm Resort dan cer baca dalam Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment