Subhanallah! Allahhualkabar kesemua kejadian telah dinyatakan dalam kitab, oleh itu kita kena beriman dengan kitab. Perbanyakkan muhasabah diri, pandang berapa banyak pahala yang kita sudah kumpulkan untuk bekalan ke sana nanti. Saya sekadar membaca dari sebuah artikel Informasi untuk di kongsi bersama.
Sekarang nih pun saya merasakan suhu sejuk yang tahap melampau. Kediaman saya kadangkala malam mencecah sehingga 23'C. Macam kat UK kita rasa uols. Bajet duduk UK lama pulak...hahaha
Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk
menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi SAW apabila mendengar
berita tentang Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur,
segeralah kamu walau terpaksa merangkak di atas salji. Hadis
berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas salji.
Pada asalnya kita anggap hanya untuk negara Russia
atau negara yang punya suhu sejuk. Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan
Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang
bakal terjadi kerana salji menutupi bumi.
Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk
kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah SAW adalah
benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.
Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara
yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji
satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.
Jangan panik atas kejadian seperti di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal
menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti.
Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan hadis:
“matahari akan keluar dari Barat” akan berlaku melalui satu kejadian
peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin
ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya
kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah
Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas
berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan
kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar
semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa
landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan
terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah
di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut
terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya
perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling
dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Manakala 'flip' juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan
gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah
berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju.
Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam
yang kerap berlaku.
Namun hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Sumber dari incik google.
apa2 y terjadi semuanya dgn izin Allah Swt
ReplyDeleteBetul LYAfrina...akk setuju
Delete