Nuffnang

Friday, June 26, 2015

Di Mana Bahagia Kita?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Ada pun yang membaca blog ini adalah sahabat-sahabat saya walaupun tentunya ada yang saya tidak kenali. Mudah-mudahan semua bahagia hendakNya. Amin.

Hari ini jumaat, mari kita saling bermaaf-maafan moga sama-sama mendapat keberkatan hidup. 




Yah! Kali ini saya nak bercakap pasal kebahagiaan. Aku nak share apa yang aku baru balik dengar ceramah tadi. Tak salahkan aku panjang ilmu untuk semua orang membacanya. Insyallah.

Semua orang mahu bahagia, mahu keseronokkan tanpa menjejaskan mana-mana pihak. Sebenarnya bahagia itu di tampilkan secara fizikal. Hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Jadi kalau penampilan itu secara fizikal kita anggap orang itu bahagia, adalah silap sama sekali.

Belum tentu orang yang kaya bahagia hidup mereka dan begitu juga belum tentu orang miskin segalanya tidak bahagia hidup mereka. Biasa aku tengok, bagaimana orang yang kehidupan mereka mewah tapi akhirnya rumahtangga mereka porak peranda, anak-anak terabai dan jadi gundah gulana. Kalau kita fikir sekali lalu tentu kita rasa hairan. 

Punca utama agamanya. Sebagai orang Islam kadang-kadang kita alpa alam akhirat sebab fokusnya kepada duniawi. Sibuk dengan rumah, kereta dan sebagainya. Cakap-cakapanya tentang duniawi. Letih!

Aku mengingatkan diri sendiri yang berusaha mencari kearah kebaikan dan kebahagiaan. Sama-samalah kita berdoa. Usia yang semakin berumur, bila kubur kata mari, rumah kata pergi. Saya tak mahu lagi fikir lagi hal-hal dunia yang sementara ini. Takut!

Mengapa kita kalut dengan segala macam yang bikin kita tak gembira dan bahagia. Bagi aku duduk di rumah pun satu keseronokkan, bersembang-sembang kearah kebaikan dengan saudara mara dan kawan-kawan pun boleh mendatangkan kebahagiaan.

Mudahkan? Tepuk dada tanya hati dan iman. 


No comments:

Post a Comment