Nuffnang

Monday, August 10, 2009

EKSPEDISI PENDAS LAUT 2












Biarpun Kg. Pendas laut biasa menjadi sebutan penduduk Gelang Patah pada amnya, namun tarikan aktiviti berkayak inisiatif KKSPSZ ini menjanjikan pengalaman baru bagi yang buat pertama kali menyertainya.

Sebelum bertolak saya serta beberapa rakan dari PSZ yang mengiringi ekspedisi bermula dari Danga Bay. Ekspedisi berkayak meredah perairan Selat Tebrau ini disertai 30 orang staf yang masing-masing teruja sebaik melihat lautan biru.

Sabtu : 8 Ogos 2009

Sebelum mengambil tempat di kayak masing-masing, peserta mengaminkan doa untuk keselamatan peserta sebelum mula berkayak ke Kg Pendas Laut. Saya memerhatikan peserta berkayak dari pantai Danga Bay. Mujur keadaan laut yang tenang memudahkan perjalanan kami ke Pendas Laut.

Jam 9.30 pg Saya memulakan perjalan dengan memandu ke Pendas Laut melalui jalan darat menuju Ulu Choh, Gelang Patah dan Kg Pendas Laut. Sampai di Kg Pendas Laut dan mengambil kesempatan berehat, makan dan merakamkan keindahan semulajadi di jeti Pendas Laut sementara menuggu En. Razib dan En. Yusrul tiba. Namun, sempat juga meluangkan masa melihat kesan peninggalan yang sebelum ini pernah menjadi pusat transit pendatang asing dari Vietnam.

Terima panggilan dari En. Razib dan terus ke kem perkhemahan. Sementara menunggu kami bertiga melakukan kerja-kerja yang sepatutnya di kem tersebut. Perasaan bimbang mula datang kerana peserta berkayak tidak muncul dari jeti lagi pun jam sudah menunjukkan 12.40 tgh.

Pukul 2.30 ptg peserta selamat sampai di jeti dengan rasa keletihan. Mereka berehat sambil menikmati makanan tengahari.

5.00 ptg Bergotong royong menyiang ikan, membersihkan kupang, ketam dan udang dan sekumpulan kaum lelaki menyalakan api arang untuk dijadikan bara untuk BBQ malam. Selepas solat maghrib upacara BBQ dilakukan beramai-ramai. Sambil makan buat post mortem masing-masing berkongsi pengalaman berkayak.

11.30 mlm peserta masuk ke khemah masing-masing untuk tidur, ada juga yang ke jeti melihat keindahan malam dan menaiki bot pergi memancing.

Ahad : 9 Ogos 2009

Tidur yang cukup menyegarkan tubuh. Peserta bersemangat meneruskan ekspedisi dan bangun jam 6.00 pg untuk bersolat subuh. Selepas solat subuh semua bersarapan pagi kemudian mengemas khemah masing-masing.

Sebelum memulakan dayungan mereka membuat senaman memanaskan badan. Biarpun teruja, dalam hati berdebar-debar memikirkan perjalanan yang bakal mereka ditempuhi.

Pada peringkat terakhir ini, peserta kayak berdepan cabaran sebenar yang menguji kekuatan mental dan fizikal. Cuaca terik dan gelombang kuat terpaksa dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran. Disamping itu mereka dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Burung-burung camar berterbangan, ikan melompat di dalam paya dan pokok bakau mengiringi perjalanan mereka. Saya memerhatikan mereka dari jeti sehingga hilang dari pandangan.

Dengan semangat ‘Boleh’ peserta ekspedisi berjaya melepasi halangan dan mendarat di Danga Bay jam 12.00 tgh.

Ekspedisi ini berakhir apabila peserta berkayak dari Danga Bay ke Kg Pendas Laut dan keesokannya dari Kg Pendas Laut ke Danga Bay. Apa yang pasti, pengalaman meredah samudera akan dikenang setiap peserta sampai bila-bila...

Tahniah buat mereka!

No comments:

Post a Comment