Nuffnang

Monday, August 31, 2009

MALAM TUJUH LIKUR

Selepas solat maghrib anak bujang saya memasang pelita raya. Memang telah menjadi tradisi kami sekeluarga memasang pelita untuk memeriah suasana malam-malam sebelum raya dan diikuti jiran tetangga.

Walaupun depan rumah berdiri tegak lampu jalanraya tapi kami mahukan suasana yang sekali dalam setahun dapat kami rasai. Bukan mahal mana pun sekadar bermodalkan minyak tanah dan pelita tahun-tahun lepas yang digunakan semula.

No comments:

Post a Comment