Nuffnang

Sunday, August 23, 2009

PUASA PERTAMA RAMADHAN 2009















Malam sebelum puasa saya sekeluarga bersolat terawih di surau Taman Pulai Indah. Datang lewat sikit jadi dapat saf belakang sekali. Suasana lepas hujan, paham-paham sahaja lah, dengan lantai di penuhi air. Pusing-pusing cari peluang last dapat gak masuk tengah, secara kebetulan orang bangun. Alhamdulilah, dapat jugak rezeki lantai kering sikit. Bagi saya tak kisahlah janji niat utama nak mengerjakan ibadat, Allah tahu niat kita.

Sampai rumah dalam pukul 10.30mlm, sembang-sembang kemudian tidur sebab pagi esoknya nak bersahur. Bangun seawal 4.00pg. Masak nasi dan masak lauk ikan masak kicap, sayur kailan goreng, telur masin dan daging goreng.

Semalam berbuka puasa di rumah abah. Memang cukup meriah memandangkan semuanya berkumpul. Sampai rumah dalam pukul 3.00ptg. Macam-macam lauk kami masak antaranya kari daging dan ayam, ikan cencaru bakar cicah lada kicap, sup 'gear box', sayur peria goreng, ikan pari masak lemak, mee teow goreng, mee kari, kastard berkuah, pelbagai kuih muih.

Selepas semuanya berbuka puasa, kami bersolat maghrib beramai-ramai. Abah menjadi imam kepada kami semua.

Berehat sekejap kemuadian kami beramai-ramai dari atok, nenek, anak, menantu serta cucu berssolat terawih di masjid Felda Ulu Tebrau. Alhamdulilah saya bersolat terawih sehingga selesai.

Pukul 11.00mlm bertolak balik ke Taman Pulai Indah.

No comments:

Post a Comment