Sememangnya diakui bahawa usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi mengukuhkan semangat kejiranan yang murni.
Saya agak kurang bertegur sapa dengan jiran tapi kalau secara kebetulan berjumpa sekadar senyum dan bertanya khabar.Begitu juga disekeliling kiri, kanan dan juga belakang rumah saya merupakan jiran yang paling hampir kedudukannya dengan rumah saya.
Memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja dan masing-masing keluar melanjutkan pelajaran, anak-anak jiran menjadi pemecah kesunyian saya sewaktu berada dirumah. Rumah saya memang agak sunyi jadi saya boleh mendengar setiap perbulan mereka.
Saya paling suka mendengar celoteh anak jiran belakang rumah saya. Saya jenis suka melepak dalam bilik anak bujang dan secara kebetulan bilik kami bertentangan walau dipisahkan oleh jalanraya belakang rumah.
Budak lelaki yang rajin berceloteh sehingga sekarang saya tidak mengenali paras rupa dan wajahnya. Saya mengenalinya dari suaranya saban hari yang meriuhkan suasana malam. Saya hanya mengenali ibunya seorang guru, itu pun secara kebetulan saya menyidai kain dibelakang rumah. Kami masing-masing berkerja dan dengan haluan sendiri, tambah-tambah lagi sekitar perumahan saya isteri-isteri mereka kesemuanya berkerjaya.
Memandangkan kerjaya ibunya seorang guru mungkin mereka tidur lewat malam kerana menyiapkan tugasan sekolah yang dibawa balik ke rumah. Ada sahaja gelagat yang hendak dibuatnya, secara tidak langsung dia membuat saya ketawa.
Dalam 2 bulan yang lepas kalau tidak silap, saya sedang membaca buku dan jam pun menunjukkan pukul 12.30mlm. Tiba-tiba dia minta ibunya belikan dadih tengah malam...hehehe. Ibunya dengan lembut menjawab esok ya! Ibu belikan balik sekolah....aaaaa ibu belikan 10 ya!...hehehe
Tadi lepas berbuka puasa saya dengar dia bermain 'sembunyi-sembunyi' dengan adik lelakinya. Antara dailog mereka berdua:
Abang : Abang sembunyi, adik cari abang tau!
Adik : Boleh...bolehh..
Abang : Adik kira dulu 1 sampai 10 lepas tu cari abang ya.
Adik : 1, 3, 10... 1, 3, 10,...1,3,10,... 1,3,10...1,3,10
Abang : Abang dah sembunyi, carilah abang!
Saya tergelak je lepas sembahyang maghrib dengar gelagat mereka. Adik mengira sudahlah salah dan si abang sembunyi boleh cakap-cakap lagi...hehehe
Kejap lagi apa lagi yang mereka buat...ehehehe. Itulah jiran saya, mereka buat saya ketawa sendirian.

ingatkan fenomena tak berapa kenal jiran ni berlaku kat selangor atau KL sahaja..rupanya kat sana pun sama yer..tapi mmgla..kalau dah semua laki bini kerja pergi pagi balik petang macamana nak kenal jiran kan..saya pun sama..
ReplyDeletehehehe..serupalah kita ya!
ReplyDelete