Nuffnang

Thursday, August 27, 2009

SEK. MEN. KEB. SULTAN ISMAIL, JB



Duduk-duduk saya search sekolah lama. Teruja kejap. Banyak nostalgia semasa disana. Dah 25 tahun saya tinggalkan alam persekolahan. Alam persekolahan terakhir di SSI, Johor Bahru. Banyak ilmu yang saya timba disana termasuk kenangan manis zaman waktu persekolahan.

Saya masih ingat lagi guru-guru yang mengajar saya Pn. Norpisah Md Nor. Cikgu Roger Abdullah, Pn Zawiyah Kaderi, En. Abd. Razak Abd. Samad dan Pn Norizah Abd Manap serta Cik Rosnah Md Nor, yang pernah menjadi warden saya ketika di asrama. Pengetua saya ketika itu En. Kari bin Man. Kemana dan dimana mereka sekarang? Sihat lagikah mereka semua? Mudah-mudahan mereka sihat semuanya dan bagi yang telah tiada, Al Fatihah buat mereka.

Rindu saya dengan SSI. Bila lalu depan hutan bandar mesti pandang asrama tempat tinggal saya zaman sekolah dulu. saya berbangga SSI ramai melahirkan anak bangsa yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Syabas! SSI moga bertambah maju dan terus maju.

1 comment:

  1. as salam.terima kaseh atas ingatan.saya skrg pengetua cemerlang sek.men.keb.Dato hj. Md.Redza.sikamat.seremban. akan bersara nov.2013 ini.semoga ALLAH memberkati hidup kita dan bahagia selalu.salam- Norpisah md nor:)

    ReplyDelete